Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Pelanggan ‘Return’ Sampah, Pengasas HijabistaHub Luah Kecewa- “Yang Buat Ni Melayu Islam”

by Nurul A.
April 9, 2026
Foto - @wanielena (Threads)

Foto - @wanielena (Threads)

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap sesetengah pelanggannya. Menerusi platform Threads, Wanie atau nama sebenarnya, Nur Alwani Norazman, mendedahkan berasa kurang senang dengan sikap pelanggan yang tidak jujur ketika memulangkan barang kepada pihaknya.

Dalam hantarannya itu, Wanie mendakwa dia telah menerima barang yang tidak sepatutnya dan pakaian dalam keadaan kurang baik, disifatkan sebagai ‘sampah’.

View this post on Instagram

“I tak halalkan siapa yang beli baju HijabistaHub tapi return sampah macam ni. Happy sangat ke beraya pakai baju haram? Korang dahla curi baju, pulangkan sampah macam ni and dapat balik duit korang.”

Wanie turut menjelaskan bahawa tindakan tersebut bukan sahaja merugikan perniagaannya, malah memberi kesan kepada jenamanya dari segi operasi dan juga jenama.

https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/AQP-e-jDhyMiqvLIIAc1OWtSkYPoC0TmgndvHUFQ_H8c-G-UCv9-ocXwx2VOIgNu64wz_JVMpQMmTmZyJgxyDLwzs8GBjGWC7rmNGh8.mp4

Pada masa yang sama, Wanie mengakui pekerjanya terpaksa membersihkan bungkusan yang diterima setiap hari. Kebanyakkan tidak memulangkan item pembelian yang sepatutnya tetapi barangan seperti piala, buku sekolah dan sebagainya.

“You abuse return system. Yang buat kerja ni Melayu Islam tapi I tak faham kenapa tergamak nak buat kerja haram macam ni. Berhari-hari team warehouse I kena clean up this mess. Sorting items that are clearly not even ours. It’s exhausting, unnecessary and disrespectful.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/AQNirguzWIN7aBO80fM4zfl4OcsTME03kBgX6JGNd2ys_k0Sm4w6LP0z_X3ek90WphaTwgiGR4G7Cq3Tx75YmUZXNu99BfXwPihUigc.mp4

Dalam hantaran seterusnya, Wanie dengan tegasnya memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap pelanggan sebegitu sebagai pengajaran, memandangkan dia memilih untuk mendiamkan diri sebelum ini.

“Lepasni siapa return sampah I akan reveal nama, alamat, phone number dan muka sekali. Sebelum ni I rasa macam malas nak layan, sebab busy banyak benda. But next, I nak buat untuk pengajaran.”

Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial mengecam tindakan pelanggan-pelanggan tersebut dan bersetuju dengan tindakan pengasas HijabistaHub itu untuk memberi pengajaran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hijabistahubwanie elena
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Puteri Jalila, anak saudara Raja Abdullah II
Spotlight

Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

by Nurul A.
August 6, 2026

Puteri Jalila binti Ali, iaitu anak saudara Raja Abdullah II dan Ratu Rania, yang berusia 20 tahun telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Spotlight

Tengah ‘Hangat’ Bercinta Pun David Beckham Sempat Curangi Isteri, Ini Kisahnya…

by Nurul A.
July 31, 2026

Sejujurnya MURAI rasa kita jarang atau mungkin tak pernah dengar kisah curang di antara David dan Victoria Beckham. Walaupun mereka...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Mohon Maaf Untuk Konsert- “Terlalu Banyak Yang Tak Dapat Dicoretkan”

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Sebuah konsert yang dinanti-nantikan pastinya diharapkan berjalan smooth dari awal sampai akhir. Tapi apa jadi kalau perkara teknikal pula mengganggu...

Read moreDetails
Spotlight

Pestapora Malaysia 2026: Tipe-X, Last Child Hingga Ruffedge Bakal Gegarkan Bukit Jalil

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Bila sebut tentang Pestapora, ramai peminat muzik pasti sudah boleh bayangkan suasana meriah, lautan manusia menyanyi bersama dan momen yang...

Read moreDetails
Pengiran Raabi'atul Adawiyyah (@kisahduniadotcom -IG)
Spotlight

4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelucutan status diraja Pengiran Raabi'atul Adawiyyah. Berita pelucutan tersebut berkuat kuasa serta-merta atas titah...

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Bekas suami Nora Danish, Muhammad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bos Ned, baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi satu...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Spotlight

VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

by Phic ARMAN
July 20, 2026

Ada momen yang nampak sederhana, tapi cukup menyentuh hati ramai. Begitulah suasana ketika pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara