Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Anis Nabilah dan Dalya Berkolaborasi Memasak Maqlooba, Hidangan Tradisional Palestin

Dalam video itu, Dalya membawa Anis Nabilah mempelajari langkah-langkah membuat 'Maqlooba', hidangan bermaksud "terbalik" dalam bahasa Arab.

by Phic ARMAN
April 25, 2022
Share on Facebook

Sempena menyambut bulan yang mulia Ramadan tahun ini, UNHCR,(Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian)  telah mengeluarkan video memasak bersama yang memaparkan chef selebriti dan penyokong UNHCR, Anis Nabilah dan Dalya, seorang pelarian dari Palestin dan tukang masak rumah.

Dalam video itu, Dalya membawa Anis Nabilah mempelajari langkah-langkah membuat ‘Maqlooba’, hidangan bermaksud “terbalik” dalam bahasa Arab. Ia adalah hidangan tradisional Palestin yang mengandungi nasi berempah, sayur-sayuran, dan daging rebus, dilapiskan dan dimasak, kemudian terbalikkan ke dalam hidangan untuk dibentuk sebuah bentuk yang mengagumkan.

YouTube video

Ketika kedua-dua chef berpengalaman ini memasak bersama-sama di studio dapur, Dalya berkongsi makanan yang menjadi kenangan ketika di Palestin sebelum dia dan keluarganya terpaksa melarikan diri.

‘Maqlooba’ adalah hidangan untuk majlis-majlis istimewa, seperti Aidilfitri dan Ramadan. Memasaknya seolah-olah membawa memori ketika di kampung halaman.

“Saya masih ingat pada hari itu hujan turun dan ibu saya mengajar saya membuat Maqlooba. Saya ingat dia duduk di atas kerusi di dapur, memberi saya arahan. Sekarang setiap kali saya masak Maqlooba, saya ingat ibu saya pada hari itu malah bau hujan yang turun masih saya teringat,” kata Dalya.

Dalya, seorang akauntan terlatih, terpaksa meninggalkan Semenanjung Gaza di Palestin dan mencari pelindungan di Malaysia bersama suami dan empat anaknya, tujuh tahun lalu.Ketika mereka mula-mula tiba, suami Dalya, yang merupakan seorang jurutera di Palestin, menjual Shawarma untuk menampung kehidupan mereka.

Dalya memutuskan untuk menjana pendapatan dengan membuat nasi Maqlooba dan Mandi. Tersebar berita tentang kehandalannya memasak, dan kini dia memasak sepenuh masa untuk menyara keluarganya.

“Makanan penting bagi saya kerana ia membantu membina semula kehidupan saya di negara baharu. Tetapi ia juga penting kerana ia membantu saya mengingati asal usul saya. Apabila saya memasak, saya teringat tentang resipi yang ibu ajar saya,” kata Dalya.

“Apabila saya meninggalkan negara saya, anak-anak saya masih kecil. Jadi biasanya apabila saya memasak hidangan Palestin, ia mengingatkan mereka tentang makanan dan budaya kami,” kata Dalya.

“Saya masak hidangan dari tanahair jadi ada peluang untuk saya bercerita kepada mereka tentang tanah tercinta. Mereka suka mendengar cerita-cerita ini dan sering memberitahu saya betapa mereka rindu untuk kembali ke Palestin.”

Dalya bercakap tentang pengalaman terawalnya di dapur, yakni memasak ikan untuk ayahnya di rumah. Ibunya, yang tidak suka ikan telah meminta ayahnya membeli barang di pasar, apa sahaja selain ikan, pesan ibunya.

“Jadi sudah tentulah, dia membawa pulang ikan,” ketawa Dalya.

Dia menawarkan untuk memasak ikan itu untuk ayahnya, dan hidangan pertama yang pernah dia masak sangat digemari keluarga. Sejak itu, Dalya meneruskan kecekapan memasak tanpa toleh ke belakang lagi.

“Saya sangat suka memasak, saya boleh memasak selama 24 jam terus,” kata Dalya. “Asalkan orang lain yang akan membersih dan mencuci pinggan!”

Anis Nabilah

Anis Nabilah ialah seorang chef selebriti antarabangsa dan personaliti TV, menerajui banyak rancangan televisyen seperti Icip Icip dan Eating Wild di saluran Asian Food. Setelah memulakan kerjaya kulinarinya pada usia yang sangat muda, dia kini dianggap salah seorang chef selebriti muda yang paling berjaya di dunia. Baru-baru ini dia nobatkan sebagai Chef Paling Berpengaruh Asean di Asean Food & 2022 & Travel Award.

Selama beberapa tahun ini, Anis telah meluangkan masa menjadi sukarelawan dengan projek untuk membantu orang pelarian di negara. Menerusi NGO tempatan yang menjalankan program pendidikan buat orang pelarian, beliau juga mengajar kanak-kanak orang pelarian untuk memasak. Jika ada kelapangan, Anis turut menawarkan diri untuk memasak hidangan untuk orang pelarian terutama pada bulan puasa Ramadhan.

“Memasak adalah lebih daripada sekadar kerja, ia penting untuk Dalya dan saya kerana ia amat bermakna. Ini kerana kami memang suka memasak. Kami berdua bersetuju bahawa ia mengeratkan keluarga, dan itu adalah perkara yang indah. Saya merasa bahawa pendapat kami benar-benar sepakat tentang nilai ini,” tambah Anis.

“Saya rasa ramai rakyat Malaysia tidak tahu situasi sebenar tentang orang pelarian. Orang berfikir bahawa orang pelarian mempunyai pilihan untuk datang ke sini, tetapi itu tidak betul,” kata Anis.

“Mereka datang ke sini untuk menyelamatkan nyawa mereka. Dan walaupun mereka agak selamat di sini, mereka masih berjuang setiap hari untuk terus hidup.”

“Jika rakyat Malaysia mengambil usaha untuk memahami orang pelarian dengan lebih baik, mereka akan berasa lebih prihatin dan tidak akan membuat andaian buta terhadap kumpulan ini,” sambil menambah bahawa ini adalah salah satu sebab dia memutuskan untuk mengambil bahagian dalam siri masakan yang dikeluarkan UNHCR.

“Orang pelarian memerlukan bantuan, tetapi orang pelarian juga boleh membantu orang lain,” kata Dalya.

“Sebagai contoh, semasa PKP tempoh hari, saya memasak kira-kira 300 hidangan untuk petugas barisan hadapan yang bekerja di hospital. Saya juga memasak banyak hidangan untuk diedarkan kepada komuniti gelandangan semasa pandemik. Saya suka membantu dan saya ingin berkongsi bakat saya dengan sesiapa sahaja yang memerlukannya.”

“Di Palestin, para wanita akan memasak pada bulan Ramadhan dan menghidangkannya kepada jemaah di Al- Masjidil Aqsa dan masjid-masjid lain sepanjang Ramadhan. Kami buat ini secara percuma kerana Ramadhan adalah bulan yang mulia, di mana kita memberikan Sadaqah. Ia adalah tradisi yang
saya suka untuk diteruskan di sini, negara yang menerima saya, untuk menunjukkan penghargaan saya,” kata Dalya dengan senyuman.

Video memasak bersama ini bertajuk “Cara Memasak Maqlooba bersama Anis Nabilah dan Dalya” adalah sebahagian daripada siri video masakan yang dihasilkan oleh UNHCR dengan kerjasama selebriti Malaysia.

Terdapat kira-kira 180,000 orang pelarian berdaftar dengan UNHCR di Malaysia yang telah meninggalkan negara mereka akibat peperangan, penganiayaan, dan pencabulan hak asasi manusia yang kompleks.

Dengan menonjolkan hubungan antara makanan, keluarga, kenangan dan budaya, UNHCR berharap dapat menunjukkan bahawa orang pelarian adalah orang biasa yang telah bertahan dalam keadaan luar biasa dan, seperti orang lain, mereka mempunyai harapan, impian, dan makanan kegemaran yang mengingatkan mereka kepada  masa dan tempat yang istimewa dalam kehidupan mereka.

Di bulan penuh rahmat ini, kenanglah nasib orang pelarian. Kongsi keberkatan Ramadhan dan dermalah di sini. Setiap sumbangan bermakna dan membantu keluarga yang paling rentan.

Untuk resepi penuh, [TEKAN SINI]

Nanti kalau sudah mencuba resepi maqlooba di atas, jangan lupa kongsikan dan tag #WithRefugees.
Selamat mencuba!

https://lomp.at/aom9s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore