Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Vivo V29 5G: Warna Starry Purple & ‘Aura Light Portrait 2.0’ Yang Semakin Padu

by Phic ARMAN
October 11, 2023
Share on Facebook

Setelah sekian lama menanti,akhirnya  Vivo Malaysia  telah memberi kejutan kepada peminatnya dengan melancarkan vivo V29 5G. Antara perkara menarik  yang mencuri perhatian adalah warna eksklusifnya iaitu Starry Purple dan ciri Aura Light Potrait 2.0 yang lebih padu.

Ternyata kelebihan pada warna Starry Purple dan Aura Light Potrait 2.0 untuk vivo V29 5G kali ini mampu menambat hati pencinta fesyen atau pempengaruh media sosial yang menjadi pencetus atau ‘trendsetter’ dalam industri fesyen.

Warna Starry Purple, memang estetik habis!

Warnanya diinspirasikan oleh Bima Sakti atau Milky Way yang terlihat seperti  jalur cahaya di langit pada waktu malam dan keindahan ini di serlahkan pada vivo V29 5G warna Starry Purple.  Memang estetik habis!.

Ini merupakan Teknik Inovatif 3D Starry Craft yang membolehkan penciptaan penampilan ungu berkilauan dengan menawan. Permainan cahaya pada panel belakang  umpama anda menggenggam keindahan sepanjang malam bergemerlapan di tangan anda.

Vivo dedahkan teknologi inovatif ini menggunakan daya magnet yang tidak kelihatan untuk mengawal 9 juta zarah magnet, membentuk corak tertentu. Saiz dan orientasi zarah yang berbeza-beza ini menghasilkan laluan pembiasan yang berbeza, menghasilkan kesan cahaya dan bayang-bayang yang jauh berbeza.

Dengan Starry Purple yang muncul sebagai salah satu warna paling menarik pada tahun ini, Starry Purple selaras dengan aliran fesyen yang lazim di media sosial, menjadikannya aksesori yang mesti dimiliki oleh para fesyen.

Selain warna, jika dilihat pada reka bentuk, kali ini vivo V29 5G di ‘ukir’ dengan begitu teliti dan unik. Ia datang dengan Ultra-slim Curved Screen atau Skrin Melengkung 3D pada kedua-dua belah. Dengan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna.

Ucapan Hari Jadi Dari Karel Susanteo Untuk Anna Jobling Curi Perhatian Ramai

Sementara itu, di bahagian belakang, kamera disusun secara menegak dengan diameter besar, serta lampu LED, khususnya Aura Light Portrait 2.0, yang merupakan titik tambah untuk telefon pintar ini.

Hanya seberat 186g dan ketebalan 7.46mm sudah membuktikan vivo V29 5G benar selesa di genggam dan elok tersemat di poket anda. Tambahan pula skrin dan badan tidak meninggalkan kesan dan licin jika dipegang terlalu lama.

Pembaharuan Pada Aura Light Portrait 2.0

Pasti ramai yang ingin tahu tentang ‘upgrade’ yang dilakukan pada Aura Light Portrait untuk vivo V29 5G dibandingkan dengan siri terdahulu. Kali ini mereka tampil pelarasan suhu warna pintar atau Smart Colour Temperature Adjustment. Kini Potret Cahaya Aura pada vivo V29 5G boleh dilaraskan untuk mendapatkan suasana pencahayaan yang anda inginkan.

Lihat perbezaan dua gambar di bawah.

Berbanding dengan sebelumnya pada V27, Aura Light Portrait  2.0 dengan teknologi Smart Colour Temperature Adjustment pada vivo V29 5G adalah 20% lebih besar diameter dan 36% lebih cerah. Peningkatan ini membolehkan objek foto diterangi dengan lebih jelas dan kawasan gelap berkurangan dengan ketara.

Generasi terbaru ini boleh melaraskan kecerahannya mengikut cahaya sekeliling secara bijak dan melaraskan suhu warna yang paling sesuai untuk mendapatkan hasil potret seperti di studio foto. Anda boleh mengatakan bahawa Smart Colour Temperature Adjustment ialah ciri eksklusif milik Vivo.

Bagaimana ia berfungsi? Apabila pengguna dikelilingi oleh cahaya kemerahan seperti menghadiri  konsert ataupun party, Aura Light Portrait 2.0 pada vivo V29 5G akan melaraskan suhu warna secara automatik untuk memancarkan cahaya hangat atau kepada cahaya kebiruan yang akan mengeluarkan cahaya sejuk. Ciri ini menjadikan foto potret lebih semula jadi dan jelas dengan pencahayaan yang lebih sekata.

[VIDEO] "Takde Niat Suka-Suka Aibkan Dia"- Ibu Dakwa Anna Jobling Dihasut Orang Ketiga?

Vivo mendakwa teknologi ini mampu membantu pengguna merakam momen terbaik dengan kualiti cahaya gaya studio foto profesional.

Bercakap mengenai kamera, vivo V29 5G terdiri daripada kamera utama 50 MP dengan sokongan Ultra-Sensing OIS, kamera ultra lebar 8 MP dan kamera monokrom 2 MP. Berkat sokongan tiga kamera terbenam, pengguna boleh menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan foto atau video terbaik.

Vivo V29 5G juga dilengkapi dengan pelbagai ciri yang tersedia buat kali pertama untuk menyokong pelbagai keperluan penciptaan kandungan. Bermula dari ciri Mod Makanan (Food Mode) untuk menangkap gambar makanan yang menyelerakan. Manakala ia mempu merakam keindahan bulan yang menakjubkan serta gambar langit malam yang menawan dengan ciri Mod Super Moon (Supermoon Mode)

Berbaloi?

Vivo V29 5G benar-benar boleh dipuji sebagai siri utama untuk peminat fesyen dan potret. Ia bukan sekadar ‘cakap kosong’ apabila kita mengatakan ia adalah telefon pintar potret paling berkuasa dalam industri.

Dengan potret aura 2.0 yang melaraskan warna kulit berdasarkan persekitaran, setiap foto ternyata menakjubkan, menjadikannya aksesori yang mesti ada seiring dengan reka bentuknya yang bergaya

Vivo V29 5G dijual di Malaysia dengan harga bermula RM1,899 (12GB/256GB) dan RM2,099 (12GB/512GB), harga memang berbaloi! Anda yang berminat boleh membuat pratempah sekarang dengan hadiah percuma bernilai hinga RM995 termasuklah;

  • TWS Earbuds berhargaRM259
  • vivo care 1+1* Lanjutan Jaminan bernilai RM199
  • vivo care 1 tahun perlindungan skrin berharga  RM399
  • Pelindung Skrin V29 berharga RM69
  • Pelindung Sarung V29 bernilai RM69

Cepat! Jangan lepaskan peluang ini dan tawaran ini bermula dari 28 September hingga 27 Oktober 2023. Boleh dapatkan vivo V29 5G daripada eStore Vivo Malaysia atau kedai rasmi mereka di Shopee, Lazada dan Tiktok dengan berkunjung ke pautan ini.

Anna Jobling Tepis Dakwaan Sombong - “Kalau Jumpa Saya, Tegurlah”
Anna Jobling
https://lomp.at/i2apk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara