• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Patutlah Cantik! Selain Neelofa 10 Artis Wanita Ini Berdarah Kacukan

by Jash Lee
February 27, 2021
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di Malaysia sebenarnya ramai artis wanita yang berdarah kacukan atau campuran dan kebanyakannya mereka memiliki wajah yang begitu cantik dan comel.

Siapakan artis yang dimaksudkan itu?. Mesti ramai yang teruja untuk tahu siapakah gerangan mereka bukan? Jadi, kami akan berkongsi dengan anda antara 11 artis wanita yang berdarah kacukan. Jom kita tengok!

Izara Aishah

via georgiev.pw

Izara Aishah Hisham yang dilahirkan pada 28 September 1992 di Kampung Bakar Batu, Johor Bharu, Johor. Izara adalah seorang pelakon, model dan juga merupakan bekas peserta dewi remaja pada tahun 2009/2010. Izara yang berdarah kacukan Melayu di sebelah bapanya dan Pakistan di sebelah ibunya. Izara juga adalah anak sulung dari tiga orang adik beradik.

Izara telah mendirikan rumahtangga dengan anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang puteri yang kini berusia 1 tahun, Irisa Alaia pada 15 April 2020.

Intan Ladyana

via mstar.com.my

Intan Nurladyana Binti Mohamat Yahaya atau lebih mesra dikenali sebagai Intan Ladyana yang dilahirkan pada 2 Jun 1982 di Petaling Jaya, Selangor. Intan merupakan seorang pelakon, model dan pengacara sejak tahun 2006 lagi. Intan merupakan artis yang berdarah kacukan peranakan Melayu dan Siam.

Intan Ladyana baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 5 Februari 2021 bersama pasangannya Harris Alif. Intan pernah dikecam teruk oleh netizen susulan ingin berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya kerana jarak usia antara mereka ialah 17 tahun. Namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan, mereka kini telah pun menjadi suami isteri yang sah.

Mawar Rashid

via kopiplanet.com

Mawar Rashid dilahirkan pada 3 April 1995 di Kota Bharu, Kelantan dan kini berusia 26 tahun. Mawar merupakan seorang pelakon dan model yang mempunyai darah kacukan Thailand dimana ibunya berasal dari Chiang Mai. Kerjaya Mawar Rashid bermula selepas dia menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2014/2015.

Mawar Rashid telah berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Fazley Yaakob pada 9 November 2017 dan kini mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019 dan Raden Seri Rosabella Cinta pada 2 Januari 2021. Mawar juga memiliki 2 lagi anak tiri hasil dari perkahwinan terdahulu suaminya bersama bekas isteri.

Syatilla Melvin

via IG

Siti Nur Syatilla Binti Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syatilla Melvin dilahirkan pada 8 Februari 1991 dan berasal dari Parit Buntar, Perak. Syatilla adalah seorang pelakon, model dan usahawan yang berjaya. Syatilla juga adalah salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2009/2010 yang bersaing bersama-sama Izara Aishah, Neelofa dan Anzalna Nasir. Syatilla mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2012 dalam beberapa drama dan telefilem.

Syatilla merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Bapa Syatilla berketurunan Jepun manakala ibunya pula berketurunan Melayu.

Pada 8 Februari 2016, Syatilla telah sah menjadi isteri kepada seorang pelakon popular, Syaheizy Sam. Hasil dari bahtera perkahwinan, mereka kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 16 April 2019.

Faezah Elai

via IG

Faezah Elai dilahirkan pada 16 Ogos 1982, berasal dari Gelugor, Pulau Pinang yang merupakan seorang pelakon, model dan usahawan. Dia adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Dia juga sebenarnya pernah menyertai Dewi Remaja pada tahun 2005/2006. Faezah Elai berketurunan Punjab dan Thai.

Faezah telah berkahwin dengan seorang pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dkurniakan 2 orang anak perempuan, Dealova Heyrinna Heykal dan Aurora Heyrinna Heykal . Selain itu, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Neelofa

via IG

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor dilahirkan pada 10 Februari 1989. Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan berjaya yang berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab. Bapanya berdarah Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Neelofa merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik beradik. Dia mempunyai 5 orang adik beradik tetapi berlainan bapa.

Kerjaya Neelofa bermula selepas dia dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja pada tahun 2009/2010. Dia telah mendapat banyak tawaran berlakon dan mengacara di stesyen TV.

Neelofa mula menjalankan perniagaan bersama ibunya dengan melancarkan produk kesihatan Bellavita dan dia juga memiliki produk dengan jenamanya sendiri. Antaranya Lofalens, Beautea Slim, Naelofar Hijab dan Nilofa Group. Neelofa sangat popular di laman sosial media dan mempunyai lebih dari 8 juta pengikut di instagram dan aktif dalam pelbagai program keagamaan dan kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Nora Danish

via IG

Nora Binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon dan pengacara yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu. Dia merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik dan kesemua adik beradiknya adalah perempuan. Bapa Nora Danish berketurunan Arab dan Myanmar di sebelah ibunya.

Nora memulakan kerjayanya pada tahun 2005 dan ketika itu dia berusia 23 tahun. Pada 20 Jun 2006, Nora telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram namun perkahwinan mereka berkahir dengan penceraian pada awal Julai 2008.

Pada 30 Mac 2017, Nora Danish telah berkahwin untuk kali kedua dengan anak Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Nedim Nazri. Pada 21 Februari 2018, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang bernama Mohamed Neqayl Nedim. Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin hasil dari perkahwinannya yang terdahulu dengan bekas isteri.

Nora Danish mempunyai lebih dari 7 juta pengikut di laman instagram miliknya dan dia juga aktif dalam tiktok.

Janna Nick

via IG

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1985 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Janna Nick berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.

Sekitar November 2019, Janna Nick telah membuat pengakuan yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon kacak, Dini Azan Schatzmann yang juga berdarah campuran Melayu dan Switzerland. Janna Nick juga popular di laman sosial dan memiliki lebih 6 juta pengikut di instagram.

Faradhiya

via IG

Farahdhiya Mohad Amin yang dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali. Dia adalah anak bongsu dari dua orang adik beradik dan berketurunan kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Faradhiya merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Faradhiya terkenal menerusi single sulungnya ‘Bertakhta Di Hati’.

Faradhiya mempunyai lebih dari 400 ribu pengikut di instagram.

Diana Danielle

via IG

Diana Danielle Danny Beeson yang dilahirkan pada 22 November 1991 di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Diana Danielle berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson. Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang iaitu kampung halaman ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai.

Diana Danielle adalah seorang pelakon, model dan juga usahawan. Diana memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 2002.

Diana Danielle telah berkahwin dengan pelakon lelaki popular, Farid Kamil pada 3 November 2012 ketika itu usianya masih muda iaitu 21 tahun. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Hannah Delisha

via IG

Hannah Delisha merupakan seorang pelakon yang berasal dari Singapura yang mula popular di Malaysia menerusi drama ‘Mencintaimu Mr Photographer’ yang bergandingan bersama pelakon Syafiq Kyle. Dia dilahirkan pada 27 Oktober 1996. Bapanya berasal dari England manakala ibunya pula berketurunan Melayu.

Memiliki wajah yang sangat comel, Hannah sangat popular di instagram dan kini dia mempunyai lebih 2 juta pengikut.

artismalaysia artiswanita berdarahkacukan mixblood
https://lomp.at/d2t58
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

by Naddy Joe
October 6, 2025

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read more
Lokal

[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel oleh kerana Aaisyah salah susunan ketika membasuh pinggan dan...

Read more
by Noah Ab
November 6, 2025
Lokal

[VIDEO] Atikah Suhaime Disangka Hamil Lagi, Ini Responnya

Pelakon, Datin Atikah Suhaime, tampil memberikan respon terhadap netizen selepas dia disangka hamil anak kedua. Atikah, menerusi video yang dimuatnaik...

Read more
by Naddy Joe
November 27, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan ibu mentua kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed yang mendakwa dia telah melarikan...

Read more
by Naddy Joe
November 4, 2025
Lokal

Along Cham Akui Gagal Didik Isteri, Nekad ‘Move On’ Selepas Cerai Kali Kedua

Kembali menduda buat kali kedua selepas lafaz talak disahkan mahkamah, pelawak dan pelakon Along Cham memilih untuk meneruskan kehidupan dengan...

Read more
by Puteri Alia
September 30, 2025
Lokal

Zara Zya Menangis, Kucing Kesayangan Beshetik Disahkan Hidap Leukemia FeLV

Pelakon popular Zara Zya berdepan khabar duka apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Beshetik disahkan menghidap penyakit Feline Leukemia Virus...

Read more
by Puteri Alia
September 25, 2025
Lokal

Uqasha Senrose Korbankan Tidur Demi Anak Sakit, Kelibat Kamal Adli Pula Tidak Kelihatan

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya terpaksa mengorbankan waktu tidur sejak beberapa hari lalu apabila anak perempuannya, Hawra Uqaira, mengalami batuk...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Foto - @davinaakaramoy (IG)
Indonesia

[VIDEO] Muat Naik Konten Deepavali, Penampilan Davina Karamoy Tuai Pujian Ramai

Tak habis-habis, kali ini pelakon jelita Indonesia iaitu Davina Karamoy sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi video TikTok miliknya. Bersempena...

Read more
by Nurul A.
October 22, 2025
Musik

Raes Arifin Mulakan Langkah Seni Dengan Jalan Cinta

Raes Arifin, bintang program Gimme The Mic 2024, kini secara rasmi melangkah masuk ke industri muzik tanah air dengan single...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Lokal

Netizen Korek Cari Ciapan Lama Ucap Tahniah Fattah & Fazura, Kini Amira Othman Pula Jadi Isteri Fattah

Bagai satu kebetulan yang tidak disangka, ciapan lama penyanyi Amira Othman pada 2017 kembali menjadi bualan hangat selepas dia kini...

Read more
by Puteri Alia
September 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore