Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dituduh Talam 2 Muka? Youtuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta

by Zaidin Albert
January 3, 2022
Share on Facebook

Pemenang trofi kategori YouTuber Popular yang kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 November lalu, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Foto: Instagram @aqilZulkiflee

Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil Zukiflee, Saiful Ridzuan dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata yang notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini.

“Aqil Zulkiflee mengambil tindakan undang-undang tersebut bagi melindungi jenama peribadi, imej dan reputasi beliau,” kata Saiful Ridzuan.

Pada 24 Disember tahun lalu, seorang wanita yang dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan aplikasi Facebook dengan nama pengguna Auntie Soleha telah memuatnaik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.

Melalui kenyataan-kenyataan yang dimuatnaik, wanita tersebut telah menulis dan membuat dakwaan yang Aqil adalah seorang yang sombong dan berlagak, berpura- pura baik di dalam media sosial beliau, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak dan merupakan seorang
yang talam dua muka.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil Zulkilfee menegaskan yang komen-komen yang dilemparkan oleh individu tersebut kepada anak guam jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau.

“Anak guam telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat berikutan komen-komen yang tidak benar yang telah menjatuhkan reputasi dan mencalar kredibiliti beliau,” kata Nurul Hafidzah.

Kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dimuatnaik di akaun Facebook tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih dari 350 reaksi dari netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih dari 1200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut.

"Awards AI Team Ini Lebih Gempak Dari ABPBH"- Wawa Zainal

Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis. Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau gantirugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

abpbhAqil Zulkifleeyoutuber
https://lomp.at/1hgfi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara