Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ardell Trauma Lepas Ditumbuk Tentera Israel, Nadzmi Adhwa Mohon Isterinya Jangan Diganggu Buat Masa Ini

by Puteri Alia
October 13, 2025
Share on Facebook

Masih dalam fasa pemulihan selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), pelakon Nadzmi Adhwa memohon agar orang ramai memberi ruang buat isterinya, Ardell Aryana, untuk berehat dan memulihkan diri sepenuhnya. Menurut Nadzmi, keadaan fizikal dan mental isterinya yang baru melalui pengalaman getir di tangan tentera Israel masih belum stabil, menyebabkan Ardell belum mampu berkongsi kisah sebenar mengenai detik mencemaskan yang dilaluinya.

“Saya tahu ramai yang hubungi dan ambil berat tentang Ardell, nak dengar pengalaman dia sendiri. Tapi saya mohon semua bersabar, tunggu sampai Ardell betul-betul sembuh, fizikal dan mental. Insya-Allah, Ardell akan kembali,” tulis pelakon berusia 33 tahun itu menerusi perkongsian di Threads.

Nadzmi dalam masa sama turut memohon maaf kepada ahli keluarga, rakan media serta kenalan rapat yang mungkin menantikan penjelasan lanjut daripada isterinya. Katanya, mereka menghargai semua doa dan keprihatinan yang ditunjukkan sejak Ardell pulang ke tanah air. “Kepada keluarga, wartawan dan kawan-kawan, kami minta maaf dan minta masa lagi. Ardell sayang semua dan sangat menghargai ingatan kalian. Semoga Allah merahmati kalian semua,” tulisnya lagi dengan nada penuh harapan.

Untuk rekod, Ardell antara sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF bersama hampir 500 aktivis antarabangsa sebelum ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa. Sepanjang tempoh tahanan, Ardell mendedahkan dirinya berdepan kekasaran apabila tudungnya direntap, ditumbuk di muka serta mengalami kecederaan tisu di bahagian bahu.

Selepas dibebaskan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Oktober lalu, keadaan Ardell sekali lagi mencemaskan ramai pihak apabila dia rebah sebaik tiba di bas yang menunggu di luar balai ketibaan. Insiden itu membuktikan tahap keletihan dan trauma yang masih menjejaskan kesihatannya.

[VIDEO] Nadzmi Adhwa Sebak Lihat Ardell Pakai Tshirt Putih Sebagai Tudung

Kini, Nadzmi memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihan isterinya sambil berharap orang ramai terus menitipkan doa agar Ardell segera kembali sihat seperti sedia kala bukan hanya sebagai seorang isteri dan ibu, tetapi juga wira wanita yang berjuang demi kemanusiaan.

ardellnadzmi adhwa
https://lomp.at/zreqm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @ezzaniejasny (IG)
Lokal

Ezzanie Mohon Maaf- “Saya Bukan Berlagak Tapi…”

by Nurul A.
January 19, 2026

Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara