Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ariz Lufias Kongsi Pengalaman Mistik Sepanjang Jadi Penyanyi-“Setiap Kali Show, Badan Mesti Rasa…”

by Naddy Joe
October 17, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Ariz Lufias berkongsi pengalaman mistik yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid menerusi hantaran di Thread, mendedahkan bahawa tubuh badannya pasti akan merasa sakit dan mengalami kesukaran untuk tidur malam setiap kali selesai membuat persembahan.

“9 tahun saya bekerja dalam industri hiburan, Setiap kali habis show, badan mesti rasa sakit, susah tidur malam, mimpi buruk hampir setiap malam, penat.

Tapi waktu kerja tetap pura-pura kuat. Kerap juga sakit, tapi bila buat pemeriksaan, tahap kesihatan semuanya normal. Sampai satu masa, ada yang cadangkan saya cuba rawatan perubatan Islam.”-kongsi Ariz di Thread.

“Selalunya Bila Jumpa Orang, Tiba-Tiba Bulu Roma Meremang..”

Tambah penyanyi kumpulan Forteen ini, salah seorang ustaz pernah menyatakan bahawa tubuh badannya jenis ‘sensitif’ yang membuatkan makhluk halus senang untuk ‘menumpang’.

Walaubagaimanapun, Ariz menitipkan rasa syukur kerana dia tidak pernah mengalami sebarang kerasukan disebabkan keadaan tubuh badannya yang ‘sensitif’ itu.

“Waktu berubat dulu, ada ustaz cakap badan saya jenis sensitif, ‘benda’ halus senang menumpang. Tapi Alhamdulillah, saya tak pernah alami insiden kerasukan.

Cuma perkara ini buat saya jadi paranoid nak pergi show. Selalunya bila jumpa orang, tiba-tiba bulu roma meremang dan muncul perasaan, ‘esok mesti aku sakit’.

Dan memang betul keesokannya saya akan demam. Tapi ustaz ada pesan jaga solat dan kerapkan berzikir.”-tambah Ariz lagi

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Farahdhiya turut berkongsi pengalaman mistik yang dilaluinya ketika menjadi salah seorang peserta program realiti yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sepuluh tahun yang lalu.

Dedah Farahdhiya, dia mengalami kejadian pelik seperti kehilangan suara setiap kali berada di auditorium tersebut. Walaubagaimanapun, pihak doktor menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik setiap kali mendapatkan rawatan. Sehingga kini, dia akui merasa trauma dengan pengalaman pelik tersebut biarpun sudah sepuluh tahun berlalu.

ariz lufias
https://lomp.at/cjmoi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara