Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

ASEAN Foundation Lancar ‘Scam Ready ASEAN’, Tangani Peningkatan Penipuan Dalam Talian

by Naddy Joe
April 29, 2026
Share on Facebook

ASEAN Foundation melancarkan Scam Ready ASEAN, sebuah inisiatif serantau bagi memperkukuh usaha pencegahan penipuan dalam talian di seluruh Asia Tenggara. Program ini diumumkan sempena Google 2026 Online Safety Dialogue yang berlangsung di Kuala Lumpur, menghimpunkan pembuat dasar, pemain industri dan pakar keselamatan untuk membincangkan ancaman penipuan digital yang semakin membimbangkan.

Dengan sokongan pembiayaan sebanyak USD 5 juta daripada Google.org, program ini menyasarkan untuk meningkatkan ketahanan terhadap penipuan dalam kalangan 3 juta rakyat ASEAN. Inisiatif ini merupakan antara usaha pertahanan digital terbesar di rantau ini, dengan fokus untuk melengkapkan komuniti dengan pengetahuan, keyakinan digital dan kemahiran berfikir secara kritikal bagi mengenal pasti serta mengelakkan penipuan dalam talian.

Ancaman Penipuan Semakin Membimbangkan

Di Malaysia, penipuan dalam talian semakin menjadi kebimbangan apabila lebih ramai rakyat bergantung kepada platform digital untuk urusan harian seperti perbankan, komunikasi dan pembelian. Walaupun penggunaan digital memudahkan kehidupan, ia juga membuka ruang kepada penipu untuk mengeksploitasi kepercayaan pengguna. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan lebih 34,000 kes penipuan pada tahun 2023, dengan kerugian dianggarkan sekitar RM1.2 bilion. Jumlah kes yang tinggi ini menunjukkan isu ini masih berlarutan dan semakin serius.

Antara bentuk penipuan yang sering berlaku termasuk penipuan pelaburan, penyamaran sebagai pihak bank atau agensi kerajaan, serta penipuan pembelian dalam talian atau penghantaran barangan. Kebanyakan kes berlaku melalui aplikasi pesanan dan saluran pembayaran digital. Taktik yang digunakan juga semakin canggih, termasuk penggunaan identiti palsu, kandungan yang dimanipulasi serta pendekatan yang diselaraskan merentasi pelbagai platform bagi meyakinkan mangsa.

Topik Berkaitan Laluan Baharu ASEAN dan Eropah, Vietjet Lancar Jualan Mega 12 Juta Tiket

Pelancaran Program

Selaras dengan usaha sedia ada, pelancaran inisiatif ini dimulakan dengan dialog dasar peringkat tinggi yang menghimpunkan wakil daripada sektor digital, kewangan dan perlindungan pengguna ASEAN bersama pemain industri perbankan dan teknologi.

Scam Ready ASEAN kemudiannya dilancarkan secara rasmi oleh Y.B Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia; Sarah Al Bakri Devadason, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ASEAN Foundation merangkap Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN; Evangeline Ong Jimenez-Ducrocq, Ahli Lembaga Pemegang Amanah ASEAN Foundation merangkap Wakil Tetap Republik Filipina ke ASEAN; Piti Srisangnam, Pengarah Eksekutif ASEAN Foundation; serta Ram Papatla, Pengarah Urusan, Trust & Safety, Google APAC.

Komitmen ini mencerminkan peralihan ke arah pendekatan pencegahan yang lebih proaktif, bagi membantu masyarakat menggunakan ruang digital dengan lebih selamat dan yakin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ASEAN
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara