Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Auto Muda Macam Anak Dara, Rupanya Ini Rahsia Dato’ Sheila Majid

by Soph Azz
December 15, 2022
Foto - The Nut Graph

Foto - The Nut Graph

Share on Facebook

Dato’ Sheila Majid, orangnya kecil molek dan usianya sudah mencecah 57 tahun pada tahun ini. Walaupun mempunyai empat orang anak, Ratu Jazz ini sentiasa tampil awet muda dan tak dimamah usia langsung.

Bagi wanita yang sama umur dengannya mungkin ada yang mengeluh apabila merasai perubahan pada badan mereka; ada yang tubuh badan mula ‘menggelebeh’, naik garis halus dan kedutan. Tetapi tidak pada Dato’ Sheila.

Menyelidik apa yang membuatkan Ratu Jazz ini sentiasa tampil awet muda bak anak dara, Miss Murai kongsikan dengan kamu apa rahsianya. Baca di bawah;

#1 Sentiasa bersenam

Foto – @sheilamajidofficial (IG)

Pernah dikongsinya suatu ketika dulu, Dato’ Sheila mendedahkan beliau sentiasa bersenam walaupun pada usianya yang lebih separuh abad. Ujarnya antara senaman yang diamalkan adalah larian di treadmill dan pilates.

#2 Tiada sarapan pagi yang berat 

Seterusnya Dato’ Sheila turut memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengambil makanan berat atau sarapan yang berlebihan. Kebiasaannya, ibu kepada empat anak ini akan makan yogurt bersama secawan kopinya dan buah-buahan.

Untuk pengetahuan kamu, yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria sihat yang terdapat secara semula jadi dalam saluran penghadaman wanita yang boleh meningkatkan fungsi pencernaan yang baik.

#3 Amalkan makanan yang sihat bersama keluarga 

Mahu sihat bersama keluarganya, Dato’ Sheila menekankan pengambilan makanan sihat. Ujarnya beliau sekeluarga tidak kerap dan amalkan minuman bergas, sebaliknya hanya minum air kosong dengan cukup untuk kesihatan mereka.

Foto – Sheila Majid (FB)

“Ibu saya adalah idola dalam banyak benda termasuklah dari segi penyediaan makanan berkhasiat dan bernutrisi. Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga. Hanya sekali sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”

#4 Jangan biarkan solekan terlalu lama di wajah 

Untuk mengekalkan wajah sentiasa awet muda dan kurangkan tanda penuaan, Dato’ Sheila mendedahkan  beliau tidak akan membiarkan solekan di wajah berada terlalu lama. Sekiranya habis sahaja kerjanya, beliau akan cuci dengan segera.

Sheila Majid 40 Years in Music: Konsert Paling Mega Ratu Jazz Malaysia
Foto – Sheila Majid (FB)

“Setiap hari saya amalkan rutin penjagaan kecantikan secara sederhana tetapi konsisten. Saya lakukan rawatan wajah di spa sebulan sekali kerana saya sering bersolek tebal untuk sesi fotografi dan pertunjukan.”

Antara produk yang Dato’ Sheila menitikberatkan setiap kali rutinnya adalah pelembap dan sunscreen kerana kedua-dua produk ini berkesan dalam memberikan kelembapan kulit yang berkesan dan melindungi kulit daripada kerosakan.

Senang dan sangat mudah kan rutinnya?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Sheila Majidrahsia cantik sheila majid
https://lomp.at/v267h
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara