Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Avaa Vanja Mahu Bercerai Dengan Suami, Tuntut Hak Penjagaan Anak Tunggal

Avaa juga bersedia untuk memfailkan tuntutan lain dalam masa terdekat

by Khai Azfar
December 2, 2021
Share on Facebook

Avaa Vanja hari ini membuat pendedahan mengejutkan apabila pelakon itu dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Tuntut Hak Penjagaan Anak 

via Instagram Avaa Vanja

Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis suatu ketika dahulu turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggalnya yang kini berusia sembilan tahun. Perkara tersebut disahkan oleh Saiful Ridzuan, pengurus krisis pelakon tersebut dari firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations And Communications dalam sebuah kenyataan kepada pihak Murai.my

“Anak guam telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian dari suami beliau di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau menuntut antara lain, fasakh dan hak penjagaan penuh anak”  kata  Nurul Hafidzah Hassan, peguam Syarie yang mewakili Avaa

Cerai Jalan Terbaik 

Via Instagram Avaa Vanja

Dalam pada itu, Avaa juga bersedia untuk memfailkan tuntutan lain dalam masa terdekat selain menyifatkan tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga nya.

“Pelakon tersebut tidak menafikan bahawa beliau turut bersedia memfailkan lain-lain tuntutan seperti nafkah anak, nafkah iddah, mutaah, dan tunggakan nafkah anak dalam masa yang terdekat,” tambah peguam itu lagi.

Untuk rekod,  dalam kes ini Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors. Avaa telah berkahwin dengan seorang lelaki kacukan India-Inggeris, A Aamil Sulaiman dan hasil perkahwinan dikurniakan seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Merlissa, 9 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
avaa vanja
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara