Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Awards AI Team Ini Lebih Gempak Dari ABPBH”- Wawa Zainal

by Farah Fatihah
December 22, 2025
via Instagram @w4w4_zainal

via Instagram @w4w4_zainal

20
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal atau nama penuhnya Nur Hawa binti Zainal Abidin, mencuri perhatian ramai apabila menghadiri majlis “Annual Awards AI Team” yang dianjurkan dengan kerjasama pengasasnya, Bellastrelle atau nama penuhnya Nurul Nabilah Aliah binti Hazman dan Alieff Irfan, seorang YouTuber terkenal yang memiliki pelbagai pasukan di bawah Team AI.

Majlis tersebut menghimpunkan berpuluh-puluh pasukan Team AI serta kehadiran ramai artis dan pempengaruh, sekali gus memperlihatkan skala penganjuran yang besar dan cukup meriah. Kehadiran Wawa ke acara itu bukan sahaja mencuri tumpuan, malah pandangan yang dilontarkannya secara terbuka turut menjadi bualan hangat netizen.

@mrkonalepey.22

2025 dinner gempak gila.. semoga tahun depan lagi gempak.. rayyan tarian ular ada geng 🤣#fyppp #aiteamfamily #aiteam❤️ #rayyan

♬ original sound – 𝙞𝙣𝙬𝙖𝙧22 – inwar22.🎵

Menerusi satu rakaman video yang tular di Tiktok di akaun @mrkonalepey.22, yang diambil daripada saluran YouTube Alieff Irfan sendiri, Wawa dilihat berkongsi pendapatnya di akhir video secara spontan kepada pengacara majlis yang mengendalikan acara berkenaan. Dalam video tersebut, Wawa secara berseloroh menyifatkan “Annual Awards Team AI” sebagai lebih “gempak” berbanding Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Kenyataan itu disambut dengan sorakan serta gelak tawa para hadirin yang memenuhi majlis tersebut.

@im.qellyy

“kitaorang nak masok”.. perghh 🔥🔥 #alieffirfan #bellestrelle #wawazainal #foryoupage #fyp @WAWA ZAINAL

♬ original sound – 𝓆ℯ𝓁𝓁𝓎 – 𝓆ℯ𝓁𝓁𝓎

Tidak terhenti di situ, Wawa turut mencadangkan agar Bella dan Alieff Irfan membuka satu kategori khas yang dinamakan sebagai “Team AI Veteran”. Menurutnya, kategori tersebut boleh menjadi platform untuk selebriti lama dan berpengalaman menyertai dunia digital dan AI.

“Wawa nak cadangkan dekat Bella dengan Alieff buka Team AI veteran. Kami nak masuk,” ujar Wawa sambil ketawa. Namun jelas, cadangan itu membawa mesej yang lebih besar tentang keperluan meraikan semua lapisan dalam industri hiburan.

Dalam masa sama, Wawa turut meluahkan rasa bangganya terhadap kejayaan pengasas dan Youtuber popular, Bellastrelle serta suaminya Alieff Irfan. Menurut Wawa, Team AI kini sangat popular di Malaysia sehingga pengaruhnya dilihat mampu menyaingi artis arus perdana.

via Instagram @w4w4_zainal

Pandangan tersebut turut disokong oleh pelakon Aeril Zafrel, suami kepada Wawa Zainal yang mengakui tidak menyangka Bellastrelle dan Alieff mampu menganjurkan acara sebesar itu. Katanya, sebelum ini ramai menganggap mereka hanya aktif di media sosial, namun kejayaan mengumpulkan kehadiran yang begitu ramai membuktikan kekuatan sebenar Team AI.

Komen Netizen Mencuri Perhatian…

Komen netizen turut mencuri perhatian apabila rata-rata bersetuju bahawa acara anugerah Team AI dilihat lebih gempak, meriah dan dekat dengan citarasa generasi muda. Namun begitu, ada juga yang berpendapat ABPBH masih relevan, cuma perlu diberi nafas baharu agar terus kekal diminati.

via Tiktok @jijieekookie

Secara ringkasnya, cadangan “Team AI Veteran” yang dilontarkan Wawa Zainal membuka perbincangan menarik tentang perubahan dunia hiburan masa kini. Ia juga menunjukkan bagaimana pengaruh digital semakin kuat dan mampu mencorakkan masa depan acara anugerah tempatan agar terus relevan dengan penonton pelbagai generasi.

Aeril Zafrel Nafi Tawar Hadiah Wang Tunai RM30,000, Seru Orang Ramai Waspada Dengan Scammer!
abpbhai teamwawa zainal
https://lomp.at/4t64i
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara