Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Awas! 3 Tanda Kamu Sudah Kena ‘Love Scamming’ Ketika Guna Aplikasi Dating

by Soph Azz
February 14, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Setiap hari, pasti ada mangsa jenaya penipuan cinta dilaporkan selepas terlibat dengan sindiket Love Scam (atau Romance Scam) ketika menggunakan aplikasi mencari pasangan (dating).

Mangsa Love Scam ini sering kali ditipu dengan individu yang menyamar sebagai pasangan mereka; di mana mereka akan sentiasa diberikan kata-kata manis serta hadiah. Dan akhirnya disebabkan oleh cinta, mangsa sanggup menyerahkan segala-galanya termasuklah wang mereka tanpa mengetahui sebenarnya mereka telah ditipu.

Tak dinafikan sindiket penipuan ini tidak dapat dihidu, membuatkan ramai individu terutamanya wanita mudah menjadi mangsa. Sekiranya kamu salah seorang pengguna aplikasi dalam mencari pasangan; berhati-hati dan perhatikan beberapa tanda ini untuk elak daripada menjadi mangsa Love Scam.

‘Si dia’ terburu-buru atau cepat menyatakan cinta 

Biasanya bila terburu-buru ini tandanya ia perkara yang tidak baik, lebih-lebih lagi bila melibatkan cinta. Kamu tak rasa pelik ke kalau baru kenal seseorang itu, dia terus ungkapkan rasa cintanya pada kita?

Foto – Pinterest

Jika kamu senang termakan dengan kata-katanya, kamu akan rasa dia sebenarnya cinta sejati kamu. Jika tidak, kamu akan rasa pelik dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh jatuh cinta dalam masa singkat tanpa kenal dengan lebih mendalam. Hati-hati ya kerana ia mungkin tanda Love Scam.

Kalau ajak berjumpa, mesti akan tolak dan beri alasan

Selepas kenal dengan seseorang di aplikasi dating, ia adalah normal untuk kamu rasa nak berjumpa atau lakukan panggilan video setiap hari. Tetapi kalau kedua-dua medium tersebut ditolak dan sering beri alasan, pasti kamu akan tertanya-tanya mengapa kan?

Kalau kamu nak tahu, individu yang melakukan Love Scam ini tak mahu berjumpa atau lakukan panggilan video kerana ia akan membongkarkan identiti dan niatnya yang sebenar.

Sering minta untuk bantu kewangannya 

Kalau kamu sedang kenal dengan seseorang yang baru di aplikasi dating, dan terus meminta kamu untuk membantunya dari segi kewangan… Ia adalah tanda sebenarnya dia sedang ‘scam’ kamu!

Foto – Pinterest

Individu yang baru atau sudah lama kenal, dia akan jadi segan untuk meminta seseorang itu membantunya terutamanya mengenai kewangan. Berhati-hati ye, jangan mudah untuk berikan maklumat peribadi dan wang pada sesiapa.

Yang mana pernah menggunakan aplikasi mencari pasangan, pernah tak kamu berjumpa dengan individu begini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
love scamromance scamsindiket penipuan cinta
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara