• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rayuan Ditolak,Mahkamah Perintah Awie Bayar RM80,000 Kerana Cederakan Bekas Isteri

Tuntutan yang dibuat Awie turut ditolak oleh Mahkamah Sesyen.

by Khai Azfar
November 10, 2021
Share on Facebook

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan penyanyi dan pelakon Datuk Awie untuk membayar ganti rugi kepada bekas isterinya, Rozana Misbun sebanyak RM80,000 atas dakwaan mencederakan wanita itu tujuh tahun lalu.

Keputusan Berpihak Kepada Rozana 

via NST

Memetik laporan BERNAMA, Rozana yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun telah memfailkan saman sivil pada tahun 2017 terhadap Awie berikutan kecederaan yang dialaminya akibat dipukul oleh Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman.

Difahamkan, Rozana mendakwa kejadian tersebut berlaku di tiga tempat termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2014. Susulan itu, keputusan yang dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Nor Bee Ariffin menolak rayuan Awie pada masa sama mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen serta Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Rozana.

Termasuk Ganti Rugi Teruk 

Kos RM80,000 itu terkandung ganti rugi am bagi kesakitan serta penderitaan sebanyak RM30,000, serta ganti rugi teruk RM50,000 dikenakan bagi tekanan dan rasa malu yang diberi oleh Mahkamah Sesyen kepada Rozana. Keputusan itu disifatkan sebagai adil dan munasabah berdasarkan kecederaan yang dialaminya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi bertindak mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen itu hingga membuatkan Awie membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan. Namun, Nor Bee yang bersidang dengan Datuk S. Nantha dan Datuk Ghazali Cha, mereka memutuskan tidak ada merit dalam rayuan Awie serte memerintah beliau membayar RM15,000 sebagai kos.

Ketika penghakimannya, Nor Bee mengatakan panel berkenaan tidak berpuas hati dengan hujah bahawa Mahkamah Sesyen telah tersilap dari segi undang-undang, fakta atau bukti berkaitan kes tersebut.

“Responden (Rozana) memberi keterangan bahawa ketiga-tiga insiden memang berlaku dan Mahkamah Sesyen menerima keterangan itu serta mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai dan perkara ini telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi,” katanya.

Kata beliau lagi, mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah peguam Hazman Harun yang mewakili Awie mengatakan Rozana adalah terhalang daripada memfailkan tindakan sivil berhubung insiden itu selepas beliau bersetuju menyelesaikan kes tersebut melalui bayaran kompaun.

Erra Fazira Ambil 8 Tahun Untuk ‘Move On’ Lepas Putus Tunang Dengan Awie

Untuk rekod, pada Mei 2016, Mahkamah Majistret Ampang membebaskan Awie daripada pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana selepas penyanyi itu membayar kompaun sebanyak RM10,000 serta meminta maaf secara terbuka dalam mahkamah kepadanya.

“Pada pandangan kami, membayar kompaun bagi kesalahan itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang serta prosedur jenayah dan tidak mempunyai sebarang kesan ke atas hak responden (Rozana) untuk memfailkan tindakan sivil terhadap perayu (Awie) bagi mendapatkan remedi berdasarkan fakta yang sama dalam pertuduhan bagi insiden pertama,” kata Nor Bee.

Tambah Nor Bee, Awie turut didakwa bagi kes kedua iaitu mencederakan Rozana di kaunter PNB dan dia telah mengaku bersalah serta didenda sebanyak RM2,000.

Tuntutan Awie Ditolak 

Hakim itu berkata, walaupun tiada pertuduhan dikenakan terhadap Awie bagi kejadian ketiga yang didakwa berlaku di kawasan parkir PNB, bagaimanapun Rozana telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Namun, Awie bertindak menafikan dakwaan insiden ketiga itu berlaku dan memfailkan tuntutan balas terhadap Rozana atas dakwaan pecah amanah kerana menggunakan wang yang disimpan untuk pendidikan anak mereka. Bagaimanapun, tuntutan yang dibuat Awie itu ditolak oleh Mahkamah Sesyen.

awieAwie dan Rozana MisbunRozana Misbun
https://lomp.at/ope0f
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
Gossip

KRU Beri ‘Hint’ Juliana Banos Akan ‘Perform’ Di Konsert GenKRU Finale?

Kumpulan muzik pop dan hip hop terkenal, KRU mencetuskan rasa teruja netizen apabila memuatnaik satu foto di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore