Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Awie Teruja Mahu Lepas Rindu Sambut Aidiladha Bersama Dua Anaknya Setelah 8 Tahun Terpisah

by Puteri Alia
June 28, 2023
Share on Facebook

Tatkala bulan sabit menghiasi malam 10 Zulhijah setiap tahun menandakan kedatangan Hari Raya Aidiladha buat umat Islam seluruh dunia, Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama juga turut bersama meraikan salah satu hari perayaan yang terbesar di negara ini.

Walaupun kita kini di era globalisasi dan teknologi moden, namun sambutan Hari Raya Aidiladha setiap tahun tetap disambut penuh tradisi dan penghayatan bersama keluarga tercinta.

Namun bukan mudah buat pasangan sudah berpisah untuk terus berdepan satu sama lain kerana sudah tentu luka akibat perpisahan masih berbekas.

Oleh itu bagi pasangan yang memiliki anak, perceraian sepatutnya bukan tiket untuk bermusuhan.

Ini kerana mereka masih perlu kekalkan hubungan baik walaupun tidak sehaluan demi membesarkan dan menjaga emosi anak.

Berbincang soal ini, baru-baru ini vokalis rock terkenal Datuk Awie menzahirkan kesyukuran apabila doa untuk bertemu dua anaknya  hampir termakbul menjelang Hari Raya Aidiladha setelah lapan tahun terpisah.

Awie atau nama lengkapnya Ahmad Azhar Othman berkata, andai direalisasikan hari raya Aidiladha tahun ini akan lebih bermakna dengan kehadiran Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Atasha, 13, yang kini berada bawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun

“InshaAllah, raya Haji yang akan tiba esok berkemungkinan besar membolehkan saya berjumpa dengan dua permata saya yang sudah lama tidak berjumpa.

“Mungkin ini akan menjadi Raya Haji yang sangat istimewa buat kami sekeluarga yang turut teruja menunggu momen itu. Harap-harap dapatlah kami berkumpul,” katanya.

Begitupun, vokalis Wings itu mendedahkan masih belum mendapat maklum balas daripada dua mereka sama ada mengenai lokasi mahu pun waktu perjumpaan tersebut.

“Ke mana nak dibawa berjalan masih belum tahu lagi, mereka belum respon lagi. Jika diberikan peluang untuk bawa mereka keluar saya memang mahu menghabiskan masa berkualiti dengan mereka.

“Sekiranya tidak dibenarkan, dapat tengok atau dibagi peluang melawat untuk setengah hari pun tidak mengapa buat melepas rindu,” ujarnya ketika ditemui selepas malam gala filem sulung terbitan syarikatnya berjudul Sue-On, semalam.

Bapa kepada enam cahaya mata itu turut mendedahkan sekian lama tidak dapat berhubung dia menerima pesanan ringkas daripada Qasseh selepas pulang mengerjakan ibadah umrah sekitar Ramadan lalu.

“Selama lapan tahun langsung kami tidak dapat berhubung. Ada suatu hari anak saya yang perempuan, Qasseh telah hantar mesej.

“Sebelum anak mesej saya, waktu itu saya berada di Mekah saya banyak berdoa kepada Allah dan apabila saya balik (Malaysia), anak saya mesej membuatkan berderai air mata ini,” jelasnya.

Ditanya apakah ayat yang diucapkan anaknya dalam kandungan mesej tersebut, Awie berkata Qasseh bertanyakan khabar selain meluahkan rasa rindu serta sayang kepada dirinya.

“Assalamualaikum Daddy, ini Qasseh. Apa khabar?, saya sayang dan rindu daddy sangat-sangat,” kongsi Awie dalam nada sayu.

Terdahulu, selain Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Atasha, perkahwinan Awie dan bekas isterinya, Rozana turut dikurniakan Putra Ahmad Merrah.

Erra Fazira Ambil 8 Tahun Untuk ‘Move On’ Lepas Putus Tunang Dengan Awie

Selepas bercerai pada 1 November 2014, penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsudin Al-Qudre pada 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki, Putra Ahmad Andeeka, 3.

Beliau juga mempunyai dua lagi anak iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21, hasil perkahwinan dengan pelakon, Arni Nazira sekitar 1998 yang hanya mampu bertahan lapan tahun

awie
https://lomp.at/1l1kj
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara