Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Ayden Tak Nak Kahwin Sebab Nak Jaga Mummy” – Bella Astillah Rasa Bersalah Besarkan Anak Seorang Diri Pada Usia 31 Tahun

by Puteri Alia
November 4, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menzahirkan rasa syukur serta harapan agar dua permata hatinya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, membesar menjadi insan berguna yang berilmu, beradab dan berhati mulia. Dalam perkongsian di Instagram, Bella meluahkan perasaannya sebagai seorang ibu yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik meskipun terpaksa berdepan kekangan masa akibat kesibukan kerja.

Menurut Bella, meskipun jadual seninya padat, dia bersyukur kerana kedua anaknya memahami perjuangan seorang ibu yang bekerja keras demi mencari rezeki. Lebih menyentuh hati, Bella mendedahkan bagaimana Ayden sering menunjukkan rasa prihatin terhadap dirinya, manakala Ara pula menjadi sumber pelukan yang menenangkan.

“Terima kasih Ayden dan Ara yang faham bila mummy selalu kerja. Bila nampak mummy down, Ayden akan tanya ‘awak okey?’ sementara Ara pula akan peluk. Ayden selalu cakap dia tak nak kahwin sebab nak jaga mummy sahaja,” tulisnya.

Dalam luahan sama, Bella turut mengakui kadang-kala dihantui rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa secukupnya bersama anak-anak, namun berjanji untuk sentiasa memastikan mereka mendapat kasih sayang dan didikan terbaik.

“Saya minta maaf sebab banyak kekurangan dari segi membesarkan kamu berdua tetapi percayalah akan pastikan hanya yang terbaik untuk Ayden dan Ara,” katanya.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, Bella mengakui laluan yang dilalui bukan mudah, namun kehadiran dua anak itu menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan.

“Alhamdulillah pada usia saya 31 tahun, saya diberi kesihatan dan anugerah oleh-Nya iaitu kamu berdua. Tak mudah perjalanan ini tetapi cukup bermakna. Semoga kamu sentiasa dilindungi dan menjadi manusia yang bukan sahaja penuh dengan ilmu tapi baik hati,” katanya sambil menitipkan pesanan agar anak-anaknya tidak menjadikan pangkat, harta mahupun populariti sebagai ukuran kebahagiaan.

“Ingat kehidupan bukan hanya status, populariti, harta semata-mata tetapi juga tentang adab dan kebaikan,” ujarnya dengan penuh makna.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Ayden yang kini berusia lapan tahun dan Ara yang berusia empat tahun.

Syed Saddiq Kongsi Momen Bella Astillah Datang Beri Semangat Di Powerman Malaysia, Undang Usikan Netizen!
Bella Astillah
https://lomp.at/w721p
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara