• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Azan Scan Berterima Kasih Pada Fieya Julia, Siap Bagi Tips!

"Mungkin Fieya adalah orang yang saya cari" - Azan Scan

by Khai Azfar
January 12, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Azan Scan berterima kasih kepada Fieya Julia selepas mengetahui penyanyi itu sudi membawakan kembali lagunya hits nya, Kau Dipaksa Aku Terpaksa sebagai ‘cover’ di laman YouTube.

Azan Mahu Lagu Diberi Nafas Baharu 

Azan yang juga peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) akui tidak menyangka akan ada penyanyi terutamanya generasi baharu (BBNU) seperti Fieya menyanyikan lagunya itu yang telah diterbitkan pada tahun 1996.

Dedahnya lagi, selama ini dia mengimpikan penyanyi-penyanyi lain akan bawakan semula lagu tersebut malah berbesar hati sekiranya digubah mengikut versi mereka sendiri.

“Terima kasih kepada Fieya Julia kerana cover lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa. Sebenarnya saya mencari orang yang boleh cover lagu itu versi yang pelbagai atau kalau saya dengar “Ya Allah sedapnya”. Setakat ini,tak ada lagi.

“Mungkin Fieya adalah orang yang saya cari sebab saya belum lagi dengar nyanyiannya sebelum diberitahu. Insyallah, saya akan dengar nanti sebab sebelum ini saya berharap sangat lagu tersebut akan dibawa semula dengan baik oleh seseorang. Masing-masing ada cara mereka tersendiri dan itulah yang saya inginkan.

“Kepada mereka yang ingin bawakan semula lagu tersebut tak perlu untuk ambil key yang original sebab ia mengikut kemampuan anda. Jika anda perlu turunkan key, silakan sebab saya sendiri pun turunkan key mengikut umur. Lagu tersebut dirakam ketika saya berumur 23 tahun sekarang saya dah nak masuk 50 tahun.

“Mungkin tahun ini saya akan jumpa siapa yang boleh bawakan lagu itu dan ingin berduet dengannya” katanya kepada Murai.my

YouTube video

Sebelum ini, Fieya pernah membawakan lagu tersebut dalam sebuah video ‘cover’ nya. Namun, video tersebut telah dipadam berikutan peserta Big Stage 2019 itu telah tampil dengan imej berhijab. Atas permintaan ramai, lagu tersebut serta beberapa buah ‘cover’ yang lain telah dimuatnaik semula menerusi sebuah video kompilasi khas yang boleh ditonton di laman YouTube.

Azan Tidak Sangka Sampai Ke Tahap Sekarang 

foto via Astro/Azrul Rafie

Dalam perkembangan lain, Azan akui tidak menyangka mampu mara sehingga ke peringkat suku akhir. Menurutnya, dia telah berehat untuk satu jangka masa yang agak panjang dan kembali untuk bersaing bersama penyanyi-penyanyi yang pelbagai latar belakang.

“Ikutkan pada awal saya tidak sangka akan penerimaan orang ramai terhadap saya sebab saya dah lama sangat berehat dalam industri seni. Apabila isteri dan anak-anak cakap ada seseorang telefon suruh datang untuk ujibakat GV saya macam terkejut “biar betul?”.

“Saya hampir menolak tawaran tersebut tetapi bila isteri beri sokongan untuk mencuba nasib, saya teruskannya dan Alhamdulillah saya diterima” dedahnya

Menganggapnya sebagai satu rezeki, jelas Azan lagi dia cuba memanfaatkan peluang tersebut sebaiknya apatah lagi berpeluang menimba ilmu bersama mereka yang berpengalaman.

“Bila dah terima masuk ke GV, saya macam rasa semua peserta bukan calang-calang. Jadi, saya sendiri tak sangka boleh sampai ke minggu ini (suku akhir) kerana pada awal mungkin hanya bertahan 3 atau 4 minggu.

“Mungkin rezeki bila saya dah lama tak menyanyi selepas itu dapat jumpa dengan cikgu-cikgu vokal dan berpengalaman sedikit sebanyak membantu saya menyampaikan sebuah lagu dengan betul.

“Kalau ikutkan peserta lain semua terdiri daripada pelbagai latar belakang yang hebat macam juara program realiti dan sebagainya. Cuma saya dan Shidee seperti tiada ‘title’ apa-apa. Saya sendiri pun tak jangka boleh ke tahap ini. Inilah rezeki yang Allah bagi” katanya lagi

Azan ditemui pada konsert suku akhir GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. Dalam konsert itu, Azan menduduki tangga ke-6 dengan peratusan markah sebanyak 66.20%.

Azan ScanFieya Julia
https://lomp.at/rk3a1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore