Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Baby Bump Jadi Bualan, Watie Hanifiah Akui Trauma Lepas Keguguran – “Minta Doakan Bukan Berteka-Teki”

by Puteri Alia
November 10, 2025
Share on Facebook

Spekulasi mengenai kehamilan isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, iaitu Watie Hanifiah, semakin hangat diperkatakan selepas sekeping foto romantik mereka tular di media sosial. Dalam gambar yang dimuat naik oleh Shuib di Instagram, kelihatan Watie sedang lena di sisi suaminya, namun apa yang menarik perhatian netizen adalah ‘baby bump’ yang jelas kelihatan pada perutnya. Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan doa, sekali gus menimbulkan persoalan adakah Watie kini sedang berbadan dua.

Namun, Watie, 36, memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan perkara itu. Katanya, selepas melalui detik hitam kehilangan kandungan pertama pada Mei lalu, dia lebih berhati-hati dan enggan terlalu terbuka tentang perkara peribadi yang masih belum pasti.

“Saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya. Selepas melalui fasa yang menyayat hati sebelum ini, saya hanya ingin bertenang dan menjaga emosi. Apa sahaja yang anda nampak pada tubuh saya ini, doakanlah saya sihat. Saya tidak menidakkan apa-apa dan jika mengiyakan pun, doakanlah yang baik-baik. Kita tunggu sahaja jika ada pengumuman pada masa akan datang,” ujarnya penuh hati-hati.

Mengulas lanjut, Watie tidak menafikan masih dibayangi trauma akibat keguguran lalu yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Katanya, pengalaman itu membuatkan dia lebih sensitif dan berwaspada dalam setiap langkah.

“Ia sentiasa membuatkan saya teringat dan trauma setiap hari. Ada kalanya saya tertanya-tanya, ada ke rezeki saya lagi selepas ini? Sebab itu saya berasa takut untuk berkongsi ketika ini. Saya juga tidak mahu menolak atau menidakkan apa-apa sebab setiap kata-kata itu doa. Kalau kita cakap tiada, takut Allah betul-betul ambil nanti,” katanya dengan nada sebak.

Walaupun masih berhati-hati, Watie tidak menafikan perasaan teruja andai benar dirinya sedang berbadan dua.

Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -"Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga"

“Jika kandungan ini menjadi, saya harap dapat menjadi ibu yang lebih baik, bukan sahaja untuk anak kandung tetapi juga buat anak-anak tiri saya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Jun 2023 selepas dua tahun bergelar duda. Isteri pertamanya, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, meninggal dunia pada 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Kini, pasangan ini sering menjadi perhatian ramai kerana kemesraan dan kasih sayang yang mereka tunjukkan, namun Watie mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat andaian dan sebaliknya terus mendoakan yang baik buat mereka.

Watie
https://lomp.at/ofap3
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara