Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -“Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga”

by Puteri Alia
November 19, 2025
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas berminggu-minggu membiarkan netizen membuat spekulasi, akhirnya teka-teki terlerai apabila pelawak dan usahawan, Shuib, mengesahkan bahawa isterinya, Watie Hanifiah, kini sedang hamil lima bulan. Berita gembira itu hadir sebagai satu kelegaan besar buat pasangan ini, lebih-lebih lagi selepas melalui detik pilu apabila Watie mengalami keguguran pada Mei lalu. Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, meluahkan rasa syukur kerana kehamilan kali kedua ini benar-benar dirancang dan dipermudahkan.

Menurutnya, Watie kini lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan agar tidak mengulangi pengalaman kehamilan pertama yang agak meletihkan. Katanya, mereka merancang dengan baik dan Watie turut mengurangkan aktiviti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kandungan. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, pasangan ini mengambil keputusan merahsiakan berita tersebut bukan sahaja daripada anak-anak, tetapi juga ahli keluarga terdekat.

Shuib mendedahkan, pengumuman kehamilan itu hanya dibuat pada malam konsert akhir Talk To My Manager, sebuah detik yang dirancang rapi agar membawa kegembiraan berganda buat keluarga kecil mereka. Kata Shuib, dia memaklumkan berita itu kepada Thalita terlebih dahulu di bilik persalinan sebelum persembahan, agar anak perempuannya itu tampil dengan semangat dan kebahagiaan. Tidak hairanlah jika wajah Thalita dilihat berseri-seri sepanjang malam konsert tersebut.

Pasangan itu dijangka menimang cahaya mata baharu pada April tahun hadapan, namun buat masa ini mereka memilih untuk tidak mendedahkan jantina bayi. Shuib mengakui pada awalnya dia berharap dikurniakan anak lelaki bagi mengekalkan Thalita sebagai satu-satunya anak perempuan, tetapi kini apa yang paling penting baginya hanyalah kesihatan bayi dalam kandungan.

Topik Berkaitan [VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-"Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni.."

Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023, dan kehadiran zuriat ini bakal melengkapkan keluarga mereka bersama empat cahaya mata Shuib hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Siti Sarah: Uwais Alqarni, 14, Dzahira Thalita Zahra, 12, Ariq Matin, 10 dan Ayash Affan, 4. Berita kehamilan ini bukan sahaja memberi sinar baharu buat pasangan itu, tetapi juga buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
shuibWatie
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Spotlight

Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu? Confessions Of A Shaman Bongkar Kisah Dendam Berdarah

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kadangkala, perkara paling menakutkan bukanlah sesuatu yang muncul dari alam ghaib, tetapi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara