Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

by Phic ARMAN
April 7, 2026
Share on Facebook

MURAI tengah isi minyak kat stesen, tengok MyKad atuk terletak elok kat dompet… terus terlintas idea nak guna MyKad tu untuk dapatkan minyak Budi95 subsidi. Fuh, memang mudah kan? Tapi, tahu tak, anda sebenarnya tengah buat salah besar tau.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menggunakan MyKad orang lain untuk keuntungan peribadi adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.

“Dilarang sama sekali untuk sesiapa, termasuk ahli keluarga, guna kuota MyKad orang lain,” kata Ketua Pengarah NRD, Datuk Badrul Hisham Alias, merujuk kepada Peraturan 25, Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Tambah beliau lagi, MyKad adalah dokumen pengenalan diri dan tidak boleh dipegang atau digunakan oleh orang lain, walaupun saudara-mara. Semua transaksi di kaunter, termasuk beli petrol mesti dilakukan secara peribadi oleh pemilik MyKad yang layak.

Ketua Pengarah NRD, Datuk Badrul Hisham Alias

“Apa-apa bentuk perkongsian atau penggunaan oleh orang lain adalah dilarang sama sekali,” tegasnya.

Kenapa NRD sampai nak ambil serius ni? Baru-baru ini, seorang lelaki ditangkap di stesen minyak Tumpat, Kelantan kerana disyaki menggunakan MyKad milik empat individu lain untuk mengisi lebih 100 liter petrol RON95 pada 1 April.

“Ketika ditahan, polis menemui empat kad pengenalan milik individu berbeza dalam milikan suspek,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Kes ini kini dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dengan suspek juga disiasat di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959. Polis juga sedang meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadapnya.

Yusoff turut menambah, setakat ini tiada kes rakyat Malaysia membeli diesel di negara jiran dan cuba seludup masuk ke Kelantan melalui laluan haram. Jadi kalau korang fikir nak “berjimat” dengan cara itu, belum berlaku pun lagi.

“Eh, Duit Dalam MyKad Tu MasukTnG Ke?”- MURAI Perjelaskan Tentang Bantuan SARA RM100 ‘One-Off’ Guna IC Je!

MURAI ingatkan geng semua, MyKad tu bukan alat permainan atau kad diskaun minyak. Guna sendiri, jangan pinjam sana-sini, takut-takut masuk dalam senarai hitam NRD.

Badrul HishamJPNMyKadNRD
https://lomp.at/ocgjf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara