Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Eh, Duit Dalam MyKad Tu MasukTnG Ke?”- MURAI Perjelaskan Tentang Bantuan SARA RM100 ‘One-Off’ Guna IC Je!

by Phic ARMAN
August 7, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI perasan ramai yang dah mula panik atau keliru, betul ke duit bantuan kerajaan RM100 akan masuk terus dalam MyKad? Dan boleh ke keluarkan” duit dari IC sendiri?”

Okay, kita straight to the point: DUIT TU TAK MASUK DALAM MYKAD. Tak ada istilah MyKad simpan duit atau boleh cucuk kad IC kat ATM. Tu semua mitos zaman forum BBM. Yang sebenarnya…

Fungsi Sebenar MyKad Untuk Bantuan SARA

MyKad cuma digunakan untuk sahkan maklumat kalian masa nak tebus bantuan RM100 tu. Boleh anggap ia macam tiket masuk: juruwang imbas IC → sistem semak nama → kalau kalian layak, baru boleh guna RM100 tu untuk beli barang keperluan.

Bukan imbas, terus transfer duit dalam IC. Tak ada duit tersembunyi ya.

Nak Tahu Layak Atau Tak?

Semua rakyat Malaysia 18 tahun ke atas dah automatik dapat (kalau cukup syarat), tak perlu mohon pun. Tapi untuk kepastian, boleh semak kelayakan menerusi infografik di bawah dan anda boleh semak juga melalui portal rasmi MyKasih:

Cara Tebus RM100 Tu Macam Mana?

Mudah sahaja. Bila kalian pergi ke kedai yang terpilih (contohnya Econsave, Mydin, dan lain-lain):

Pilih barang yang termasuk dalam kategori bantuan (beras, minyak masak, mi segera, ubat, sabun, dan lain-lain).

  • Masa bayar, tunjuk IC → juruwang imbas.
  • Tukar nombor PIN (6-digit).
  • Imbas barang & sahkan pembelian guna PIN baru tu.
  • Siap – resit akan tunjuk berapa baki tinggal.
Topik Berkaitan MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

Bantuan Ni Sampai Bila?

RM100 tu boleh digunakan dari 31 Ogos sampai 31 Disember 2025. Kalau tak guna sebelum tarikh tu, sistem akan “pull balik” dan salurkan ke program bantuan lain. Jadi jangan tangguh, nanti melepas.

MyKad & Touch ‘n Go – Sama Ke?

Ramai ingat sebab ada logo TnG dekat MyKad, maka bantuan itu masuk situ. Tak ya. Fungsi TnG dalam MyKad itu cuma untuk bayaran tol, LRT dan sebagainya. Tak terlibat langsung dalam urusan bantuan kerajaan macam SARA ni.

Tapi kalau kalian nak tahu baki TnG dalam MyKad:

  • Boleh semak guna app TnG eWallet
  • Atau guna kiosk di stesen LRT atau kedai serbaneka

Kalau Nak Tambah Nilai TnG Dalam MyKad?

Ini untuk fungsi Touch ‘n Go ya (bukan SARA):

  • Pergi ke 7-Eleven / Petronas / Shell / Watsons
  • Guna kiosk tambah nilai
  • Atau top-up terus melalui app TnG eWallet (kalau support NFC)

Ringkasnya…

  • Duit bantuan RM100 bukan disimpan dalam MyKadMyKad hanya jadi medium pengesahan
  • Boleh guna di kedai tertentu je
  • Kena beli barang keperluan, bukan semua barang boleh beli
  • Guna sebelum 31 Disember 2025

Jadi lepas ini kalau ada yang mesej kata “Nak saya tolong keluarkan duit dalam IC awak?”, tolong tekan report scam terus. Jangan tertipu ya, kalian!

Pastikan info daripada sumber rasmi sahaja. Kalau rasa blur, boleh je semak di upu.mohe.gov.my atau media sosial rasmi MyKasih dan MOF.

Topik Berkaitan SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

MURAI dah terangkan semua… sekarang, giliran kalian pula sebarkan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MyKadSARA
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara