Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Bagi Renjatan Elektrik Je…Baru Tahu Gila Atau Tak” – Netizen Persoal Kondisi Mental Hafidz Roshdi Auta Atau Fakta

by Puteri Alia
March 13, 2023
VIA Google

VIA Google

Share on Facebook

“Dasar pelakon. Buat-buat gila pun pandai” – kata netizen

Sudah menjadi fitrah manusia lebih gemar melihat seseorang itu daripada segi luaran atau penampilannya sahaja.  Masakan tidak, cara itu lebih mudah untuk menilai seseorang kerana ia boleh dilihat secara fizikal.

Namun, hakikatnya dalam dunia yang penuh ranjau dan berduri ini, perkara yang paling membimbangkan adalah apabila seseorang yang pada luarannya nampak sihat dan kelihatan normal namun hakikatnya mempunyai penyakit tersembunyi.

Meskipun, salah satu punca diri berasa tertekan kerana merasakan hanya diri kita saja yang sedang diuji, namun pada zahirnya setiap manusia pasti berhadapan dengan masalah masing-masing.

Mungkin bezanya ada di antara kita yang dikatakan seolah-olah “mencari masalah” atau bertindak melalukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri serta orang lain sehingga mengganggu kondisi mental seseorang yang bergelar normal.

Malah, masih ada stigma sosial yang besar berkaitan penyakit mental ini. Hal yang demikian mungkin kerana ada yang mendakwa bahawa terdapat kes pesalah jenayah berat terutamanya kes bunuh dan rogol didakwa terlepas hukuman kerana mempunyai masalah mental.

Justeru, ada yang membuat andaian dan persepsi bahawa “penyakit mental ini boleh dibuat-buat” serta kad rawatan pesakit mental itu seolah-olah perisai kepada setiap kesalahan yang dilakukan.

Memperhalusi isu ini, baru-baru ini nama pelakon sensasi Hafidz Roshdi telah menjadi bualan hangat para netizen mengenai pergolakan isu rumah tangganya.

VIA Google

Hal yang demikian menjadi semakin kecoh apabila Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri bekas isterinya sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah.

Menurut sumber Berita Harian, Berdasarkan pertuduhan, Hafidz didakwa menumbuk pipi kiri bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak.

Hafidz Roshdi Luah Rindu Pilu, Dua Tahun Tidak Bertemu Anak

Terkini, pihak pendakwaan membuat permohonan mengikut Seksyen 342, Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri bagi rawatan dan pemeriksaan mental.

VIA Google

Hal yang demikian menjadi kecoh apabila rata-rata warganet berpendapat bahawa pelakon itu sebenarnya tidak mempunyai masalah mental dan dikatakan hanya mahu terlepas daripada hukuman.

Meninjau di ruangan komen hantaran gambar di Instagram sebuah laman portal hiburan, ada segelintir netizen yang mempersoalkan kondisi mental Hafidz yang sebenar-benarnya serta khuatir aktor ini hanya sekadar berlakon dan ingin melepaskan diri daripada sebarang tuduhan setelah menerima kad rawatan pesakit mental.

VIA Instagram

Bagaimanapun, terdahulu menurut sumber laporan Malaysiakini, kad rawatan pesakit mental bukan suatu kekebalan untuk terlepas daripada hukuman, sebaliknya pihak mahkamah akan merujuk kepada penilanian daripada hospital terlebih dahulu.

Jelas di Malaysia mempunyai undang-undang justeru jika pesalah itu didapati sihat dan tidak mengalami masalah mental, mereka akan melalui proses pendakwaan yang seterusnya seperti pesalah normal yang lain.

Kadangkala, bagi kes tertentu yang sudah dibuktikan bahawa pesalah itu mempunyai penyakit mental, persepsi negatif ini menyebabkan pesakit mental menderita dalam senyap serta  diketepikan masyarakat dan tiada harapan walaupun mendapat sokongan, menerusi pemulihan.

Oleh yang demikian, usahlah memberi gelaran negatif seperti ‘gila’, ‘senteng’ dan ‘tiga suku’ kepada individu yang berdepan masalah kesihatan mental, justeru lebih baik bertindak mendiamkan diri daripada berkata-kata yang tidak manis.

Serahkan sahaja kepada pihak yang lebih berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/5nsud
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore