• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Reaksi Warganet Lihat Fesyen Che Ta Ala Stail Kim Kardashian Di KLFA, Puji Atau Kecam?

Busana yang dipakai selebriti jelita ini mendapat pelbagai respon, ada yang suka dan ada yang sebaliknya

by Puteri Alia
November 25, 2021
Foto - Instagram @rozitachewan1

Foto - Instagram @rozitachewan1

Share on Facebook

Pelakon dan usahawan jelita tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta mengenakan busana yang cukup eksklusif dan di luar jangkaan semasa menghadiri majlis Kuala Lumpur Fashion Awards 2021 yang berlangsung semalam di Shangri-La Hotel.

Pelbagai Respon Netizen

Menerusi artikel Murai.my sebelum ini, Che Ta memuatnaik beberapa foto dirinya dalam persalinan busana hasil ciptaan Ezuwan Ismail. Busana serba hitam ini dihiasi dengan kilauan batu permata yang cukup memukau mata, dan disusun kemas dengan sentuhan pereka fesyen.

“Saya dalam @ezuwanismail untuk KUALA LUMPUR FESYEN AWARDS 2021” Katanya

Melihat busana yang digayakan selebriti popular ini, membuatkan ramai warganet berkongsi dan memberi pelbagai komen tentang busana yang dipakai pelakon jelita ini.

Foto – Instagram @rozitachewan1

“Fuh.”

“Tak perasan Che Ta, sebab tak nampak bulu mata.”

“Meniru idea orang lain, kesian.”

“Merepek fesyen… Berbungkus-bungkus… Dunia akhir zaman.”

“Sepesen dengan Janna Nick dah, ni fesyen apa yer?”

“Lol Kim K duplicate.”

“Trend la ni fesyen lagu tu.. Janji hampa happy.”

“Over.” Komen warganet

Foto – Instagram @rozitachewan1

“Teringat Kim Kardashian yang semuanya hitam tu.”

“Another level.”

“Pulut dakap.”

“Dok tahu nak oyak gapo.”

“Over.”

“Ikonik.”

“Boleh bernafas ke tak tu????? Ahhh ghisauuuuu.”

“Kelassss.”

“Letupps”

“Esok mesti viral Che Ta, leeetopss.” Komen mereka lagi

Foto – Instagram @rozitachewan1

Sekadar info,  Che Ta telah menyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’.  Gaun tersebut dianggarkan berharga RM50,000.

Manakala, Ezuwan yang tampil dengan sut hitam berharga RM40,000 menggunakan fabrik broket dilengkapi 10,000 butir batu ‘chunky bead’ dan berlian jahitan tangan. Fabrik ‘net’ pelitup muka dan sarung tangan juga bertatah batu jenis sama.

[VIDEO] Che Ta Membebel Aaisyah Melaram Tengah Malam- "Nak Pi Mana Hang Ni"
kim kardashianKLFArozita che wan
https://lomp.at/wvrxs
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Fesyen

Kalau Runsing Fikirkan Warna Baju-Tudung Yang Sesuai, Boleh Ikut 16 Idea Padanan Ini…

by Soph Azz
March 27, 2023

Pernah tak kamu buka almari baju dan tudung, kemudian termenung habiskan masa memikirkan warna mana yang sesuai dipadankan? Miss Murai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore