Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Netizen ‘Bitter’ Bila Indonesia Sebut ‘Banjir Kiriman Malaysia’, Ini Maksud Sebenarnya

by Phic ARMAN
October 3, 2023
Share on Facebook

Baru-baru ini heboh di laman TikTok mengenai kenyataan oleh pemberita di Indonesia yang menyebut ‘Banjir Kiriman Malaysia’. Rata-rata rakyat Malaysia kurang senang dengan kenyataan ini yang seolah-olah menunjukkan imej negatif kepada negara.

Video pendek yang tular di laman TikTok ini menyaksikan pembaca berita  dari negara jiran itu menyebut banjir yang berlaku di Nunukan, Kalimantan Utara baru-baru ini disebabkan oleh kiriman Malaysia.

@ladyganz #stitch with @Rizen ♬ original sound – LADYGANZ?

Dalam pada itu ramai yang berkongsi semula video tersebut dan menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan kenyataan ini yang dikatakan tidak sesuai.

“Mungkin betul juga la. alala habislah ikan-ikan kami berenang sudah ke sana”

“Jarebu malaysia kiriman dari indonesia ni nak claim camana ye”

“hahaha sungai tu x sambung kat negara dia ke camne? cer lukis sket peta Geografi sana.”

“Beringatlah wahai ahli kubur semua yg terjadi adalah kehendak Allahu Akbar. Malaysia tidak mampu melakukan, mengirim banjir oiii…”

Walaubagaimanapun, ada pengguna TikTok yang mendakwa penggunaan bahasa di Indonesia boleh membuatkan kita salah faham.

Banjir kiriman Malaysia’ jejas tiga kampung di Nunukan

“Betulla tu, cuma mungkin penggunaan bahasa yang membuat kita Salah faham, sebab asal aliran limpahan tu Dari mana.”- tulis netizen

“Maksud dia tadahan air dari crocker range yang sebahagian besar dia berpusat dari bahagian malaysia menyebabkan banjir di bahagian kawasan kalimantan”- tambah netizen yang lain.

Menurut Utusan Malaysia, banjir yang berlaku di kawasan sempadan Indonesia-Malaysia itu didakwa berasal dari Sungai Talangkai di Sepulut, Sabah. Banjir itu kemudiannya mengalir ke Sungai Pampangon dan seterusnya ke Sungai Lagongon ke Pagalungan di Sabah. Dari situ, air banjir mengalir ke Indonesia menerusi Sungai Labang, Sungai Pensiangan dan Sungai Sembakung.

Topik Berkaitan [VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
banjirIndonesia
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara