Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Bapa Rizky Febian Beri Restu Perhubungan Antara Mahalini Dan Anaknya, Tetapi Harus Mengikut Ajaran Islam

by Puteri Alia
September 7, 2023
Share on Facebook

Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian, 25, tidak selesa membicarakan soal agama membabitkan tunangnya yang juga penyanyi Mahalini Raharja, 23, secara terbuka kerana menganggapnya sebagai perkara sensitif.

Rizky diajukan persoalan adakah Mahalini sudah mendalami agama Islam ketika sidang media Konsert Album: Berona Day Rizky Febian di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Saya tidak selesa berbicara soal agama secara terbuka, namun saya minta doakan semuanya baik-baik.

“Saya bukan tidak mahu membicarakan soal masuk Islam, tetapi ia sesuatu yang sensitif. Saya juga bukanlah seseorang yang suka memaksa kerana ia membabitkan hati nurani dan biarlah masa yang menentukannya,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Hingga Tua Bersama itu berkata, apa yang penting keluarga kedua-dua pihak saling menerima dan terbuka dengan perhubungan ini.

Justeru, katanya, dia memohon doa semua pihak agar ikatan pertunangan yang dimeterai pada Mei lalu utuh.

“Kami sudah mempunyai perancangan. Keluarga juga senang sekali dan saling menerima antara satu sama lain.

“Namun, saya berusaha memperlihatkan contoh yang baik kerana ia akan menjadi contoh buatnya,” kata Rizky.

Terdahulu, pelawak Sule, 46, yang juga bapa kepada Rizky merestui perhubungan mereka, tetapi jika berkahwin haruslah mengikut ajaran Islam.

Percintaan Rizky dan Mahalini menjadi perdebatan peminat di Indonesia kerana menganut agama berbeza.

Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu.

Sementara itu, berbicara mengenai konsert, Rizky berkata, dia sangat gembira dapat menghiburkan peminat di Malaysia.

“Ini adalah konsert kedua saya. Sebelum ini, tiket konsert pertama di Zepp Kuala Lumpur habis dijual dalam masa sehari.

“Kali ini konsert diadakan di lokasi lebih besar di Megastar Arena yang boleh memuatkan kira-kira 5,000 penonton.

“Ia dua kali ganda lebih besar ramai daripada lokasi terdahulu. Konsert ini juga untuk mempromosikan album kedua berjudul Berona,” katanya.

Bertemakan cinta, konsert anjuran Hitman Solutions bakal berlangsung selama dua jam dengan pilihan 15 lagu popular.

Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito Bakal Gegarkan Pentas Idea Live Arena KL Disember Ini
rizky febian
https://lomp.at/0cans
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara