• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bapa Siti Sarah Ada Titip Pesan Buat Watie, Raisuddin Mahukan Shuib Lebihkan Isteri Dan Keluarga Baharunya

by Puteri Alia
June 27, 2023
Share on Facebook

Bekas bapa mentua kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Raissuddin Hamzah yakin Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, atau Watie mampu menjaga empat cucunya dengan baik.

Raissuddin yang ditemui selepas majlis akad nikah Shuib dan Watie, Jumaat lalu berkata melihat kepada keakraban Watie dengan cucu-cucunya, dia yakin usahawan itu mampu menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik.

“Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

“Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik,” kata Raissuddin.

Raissuddin yang juga bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengakui gembira dengan perkahwinan menantunya.

Katanya, walaupun anaknya sudah meninggal dunia, tetapi Shuib tidak pernah meminggirkannya, malah sering mengutamakannya dalam segala hal sehingga hari ini.

Raissuddin menambah, dia juga tidak kisah seandainya menantunya itu lebih mengutamakan Watie berbanding dirinya kerana memang itulah seharusnya dilakukan sebagai suami.

“Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

“Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

“Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi,” katanya.

Ditanya apa nasihat yang dititipkan, katanya, tiada sebarang pesanan diberikan kepada menantunya itu kerana dia yakin Shuib seorang yang sangat bertanggungjawab.

“Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara,” katanya.

Shuib bergelar suami kepada Watie pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

[VIDEO] Ahmad Dayyan Beri Bunga Kepada Talita, Reaksi Shuib Undang Curhat Warganet

Sebelum ini, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

raisuddin hamzahshuibsiti sarahwatie hanifiah
https://lomp.at/x560l
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- “Saya Nak Selamatkan…”

by Nurul A.
November 3, 2025

Selepas tiga tahun, bintang realiti dan usahawan Kim Kardashian akhirnya membuka mulut, mendedahkan mengapa dia memilih untuk bercerai dengan bekas...

Read more
Lokal

Shahrul Nasrun Mohon Orang Ramai Henti Henti Gelar Bakal Isteri Sebagai ‘Penyondol’

Bekas suami kepada usahawan, Amyera Zainal iaitu Datuk Shahrul Nasrun tampil memberikan penjelasan bahawa bakal isterinya itu tidak mempunyai kaitan...

Read more
by Naddy Joe
November 13, 2025
Lokal

Ezwan Zain Cinta abadi Erra Fazira: Ini Kronologi Indahnya Percintaan Hingga Pernikahan Mereka

Percintaan selebriti sering menjadi tumpuan peminat, apatah lagi apabila melibatkan dua nama besar industri hiburan Malaysia. Erra Fazira, primadona tanah...

Read more
by Phic ARMAN
December 2, 2025
Lokal

Amelia Christie Dedah Diganggu Lelaki Miang, Netizen Kata Dunia Media Sosial Kian Hilang Adab

Pelakon meningkat naik, Amelia Christie, meluahkan rasa penat dan muaknya selepas berbulan-bulan berdepan gangguan menjijikkan daripada beberapa individu lelaki yang...

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Aiman Hakim Dapat Kejutan Undang Perhatian, Peminat- “Bukan Dia Takut Kucing Ke”

Gelagat dua cahaya mata Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson kembali mencuri perhatian peminat selepas sebuah video comel dimuat naik...

Read more
by Phic ARMAN
December 2, 2025
Foto - @zizi_kirana (IG)
Lokal

Zizi Kirana Tak Tergugat Dikecam Sertai Misi Gaza – “Saya Dah Minta Izin Suami”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 40, tampil tenang apabila ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang mempersoalkan penyertaannya dalam misi...

Read more
by Puteri Alia
October 27, 2025
Lokal

“No Class” – Farahdhiya Tempelak Individu Yang Suka Dedah Aib Bekas Pasangan!

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya mengenai segelintir individu yang gemar mendedahkan aib bekas pasangan selepas berpisah...

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Foto - @aisar_khaledd (IG)
Lokal

Semangat Lihat Perjuangan Delegasi Malaysia, Aisar Khaled Luah Mahu Sertai GSF

Dua hari lepas, Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi dengan kehadiran orang ramai, yang masing-masing bersemangat...

Read more
by Nurul A.
October 9, 2025
Lokal

Abby Abadi Kesal Dituduh Netizen Fitnah Fattah Amin & Amira Othman?-“Berlebih-Lebih Je Korang Ni..”

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila dirinya telah dituduh melemparkan fitnah terhadap pasangan selebriti Fattah Amin dan...

Read more
by Naddy Joe
October 29, 2025
Lokal

Liza Hanim Menangis Disuruh ‘Mengalah’ Dan Henti Menyanyi Pada Usia 46

Penyanyi berpengalaman, Liza Hanim, tidak pernah ambil peduli kata-kata sinis di media sosial, namun kali ini hatinya benar-benar tersentuh hingga...

Read more
by Puteri Alia
November 20, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore