Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Baru Dilancarkan! Penerbangan Terus AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu Sasar Lebih Ramai Pelancong

by Phic ARMAN
February 8, 2024
Share on Facebook

Berita baik buat pelancong dari Indonesia, lagi-lagi yang berada di Jakarta kerana kini mereka boleh terbang terus ke Kota Kinabalu, Sabah. Ini merupakan rute  antarabangsa pertama Indonesia AirAsia di tahun 2024, sekaligus menjadi satu-satunya penerbangan langsung yang menghubungkan Jakarta ke Kota Kinabalu, ‘Negeri Di Bawah Bayu (angin)’.

Laluan ke Kota Kinabalu ini adalah laluan kelima yang dikendalikan oleh Indonesia AirAsia untuk terbang ke Malaysia terus dari Jakarta. Selepas sebelum ini membuka laluan Jakarta-Kuala Lumpur, Jakarta-Johor Bahru, Jakarta-Pulau Pinang dan Jakarta-Kuching.

Penerbangan pertama AirAsia Indonesia dengan kod QZ 526 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta (CGK) berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pada 15:55 waktu tempatan dan menerima water salute.

Kota Kinabalu memang terkenal dengan budaya, dari muzium, pantai hinggalah gunung tertinggi di Malaysia. Pelancong boleh mencuba untuk menakluki ketinggian Gunung Kinabalu dan menikmati matahari terbit dari ketinggian 4,095 meter.

Pelancong juga boleh mengunjungi destinasi pelancongan kegemaran lain di Sabah seperti Pantai Tanjung Aru, Muzium Negeri Sabah, Perkampungan Budaya Mari Mari, Menara Jam Atkinson, Pasar Minggu Jalan Gaya, KK Waterfront dan Taman Tanjung Aru Perdana.

Menurut data Biro Pusat Statistik Indonesia, sepanjang tahun 2023 pelancong dari Malaysia akan menduduki kedudukan pertama sebagai pelancong asing paling ramai mengunjungi Indonesia dengan jumlah 16.28% atau 1,901,242 pelancong. Begitu juga dengan Indonesia, berdasarkan data Jabatan Imigresen Sabah dalam tempoh Januari – November 2023, pelancong asing dari Indonesia turut menduduki tempat ketiga atau seramai 78,693 pelancong melawat Sabah.

Topik Berkaitan Misteri Kepala Medusa Mengiring 'Disembunyikan' Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

Tiket penerbangan dari Jakarta (CGK) ke Kota Kinabalu (BKI) kini boleh dibeli melalui aplikasi airasia MOVE, laman web airasia.com, Pusat Perjalanan & Perkhidmatan AirAsia (ATSC), agensi perjalanan dalam talian dan ejen penjualan tiket yang sah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara