Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Baru Tahu! Ini 5 Jenis Haiwan Yang Pernah Di Hantar Ke Angkasa Lepas

by Aphit J.
September 27, 2020
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Sedar ataupun tidak, rupa-rupanya dunia telah menghantar beberapa jenis haiwan di angkasa lepas untuk tujuan kajian dan penyelidikan. Berikut adalah 5 jenis haiwan yang pernah dihantar ke angkasa lepas menurut Discover Wildlife.

Kura – Kura

via The Vintage News

Pada tahun 1998, pihak Rusia telah menghantar sebuah kapal angkasa bernama Zond 5 yang membawa sebuah kapsul yang terkandung di dalamnya sample tanah dan benih, beberapa ekor cacing dan juga dua ekor kura-kura.

Kura-kura tersebut berjaya mengelilingi bulan dan selepas enam hari pulang ke bumi, kapsul yang membawa pulang kura-kura tersebut dikatakan telah mendarat di tempat yang tidak dirancang. Tapi selepas kapsul itu ditemui semula, mereka mendapati kura-kura tersebut masih hidup.

Monyet

via Discover Wildlife

Percaya atau tidak, sebanyak 32 ekor monyet pernah di hantar ke angkasa lepas. Monyet pertama yang dihantar bernama Albert II. Tetapi mati akibat impak kegagalan payung terjun semasa memasuki atmosfera bumi.

Menurut Discover Wildlife, setahun kemudian, seekor monyet lain pula yang bernama Albert I menggantikan tempat Albert II, tetapi monyet ini juga mati akibat lemas dalam kapsul semasa melakukan pendaratan ke bumi.

Anjing

via Discover Wildlife

Sama juga seperti monyet, beberapa ekor anjing juga pernah dihantar ke angkasa lepas dan anjing yang paling terkenal adalah Laika yang dihantar pada tahun 1957. Laika didakwa menjadi haiwan pertama yang berjaya mengelilingi bumi.

Tapi malangnya Laika tidak pernah pulang semula ke bumi. Kerajaan Soviet Union mendakwa Laika masih hidup selama tujuh hari, tetapi laporan lain menyatakan Laika mati akibat overheated selepas 5 jam melakukan pelepasan dari bumi.

Tikus

via Phyrs

Sebenarnya tikus telah lama digunakan oleh saintis untuk membuat kajian tentang kesan perjalanan angkasa lepas terhadap tubuh manusia. Pihak NASA mendapati tikus lebih mudah untuk menyesuaikan diri dalam keadaan mikrograviti.

Tikus yang pertama dihantar ke angkasa lepas adalah pada tahun 1950, dengan mencapai ketinggian 137km. Walau bagaimanapun, tikus tersebut mati akibat kegagalan payung terjun.

Ikan

via Aviation

Menurut Discover Wildlife, ikan merupakan hidupan laut pertama yang dihantar ke angkasa lepas. Pada tahun 1973 pihak NASA dikatakan berminat untuk melihat kesan mikrograviti terhadap haiwan yang bergerak secara tiga dimensi di bumi. Bila ikan ni berada di angkasa, didapati mereka berenang secara bulatan dan bukannya secara lurus.

Kini baru kita tahu, selain manusia, banyak lagi haiwan-haiwan lain yang pernah sampai ke angkasa lepas untuk tujuan kajian dan penyelidikan.

haiwan ke angkasahaiwan peliharaanISSmonyet di angkasa
https://lomp.at/pr3tm
Share19Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem