Berita baik khusus buat anak Sarawak, Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak kembali dengan inisiatif yang memang ditunggu-tunggu iaitu bantuan komputer riba Sarawak 2026.
Kalau sebelum ini program ini telah membantu puluhan ribu pelajar, kali ini diteruskan lagi dengan sasaran 10,000 pelajar IPT daripada golongan B40 dan M40. Memang jelas, ini bukan sekadar bantuan biasa tapi satu langkah besar untuk pastikan pelajar tak tercicir dalam dunia pembelajaran digital.
Baucar RM3,000, Pilih Laptop Sendiri
Untuk tahun ini, bantuan diberikan dalam bentuk baucar RM3,000 yang boleh digunakan untuk membeli laptop pilihan sendiri.
Menariknya:
- Boleh pilih jenama & spesifikasi ikut keperluan
- Kalau harga lebih RM3,000, hanya tambah baki
- Jika kurang, baki tidak dipulangkan (burn)
Baucar ini akan disalurkan melalui aplikasi S PAY Global, jadi semuanya digital dan mudah.

Tarikh Permohonan
Permohonan sudah dibuka:
31 Mac 2026 hingga 30 April 2026
Permohonan dibuat secara online melalui portal rasmi my-Yayasan
Sekadar info tambahan, sistem ini menggunakan konsep “first come, first served”, jadi siapa cepat dia dapat!
Siapa Yang Layak Mohon?
Antara syarat utama:
- Anak jati Sarawak (ibu atau bapa lahir di Sarawak)
- Pelajar Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa
- Keutamaan kepada pelajar Tahun 1
- Pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah
- Belum pernah terima bantuan laptop dari agensi lain
- Pengajian di IPTA/IPTS yang diiktiraf
Cara Memohon
Proses permohonan dibuat sepenuhnya secara online:
- Daftar & sahkan akaun Sarawak ID
- Log masuk portal my-Yayasan
- Lengkapkan profil peribadi & maklumat akademik
- Muat turun borang pengesahan
- Dapatkan cop & tandatangan dari pihak IPT
- Upload semula dan hantar permohonan
Cara Tebus Baucar Laptop
Bila permohonan lulus, baucar akan masuk dalam app S PAY Global.
Anda boleh tebus di vendor sah seperti:
- PC Image
- SNS Network (Glowee)
- Thunder Match Technology (TMT)
- Switch / IT World
- Kedai komputer tempatan terpilih
Hanya scan QR dan gunakan baucar, settle!
Bagi Murai Inisiatif ini memang “on point” dengan keperluan pelajar zaman sekarang. Dalam dunia yang semuanya digital, laptop bukan lagi kehendak, tapi keperluan asas.
Dengan adanya bantuan ini, pelajar bukan sahaja dapat akses kepada pembelajaran yang lebih baik, malah boleh pilih device ikut kesesuaian kursus masing-masing. Pendek kata, ini antara usaha yang bukan saja bantu dari segi kewangan, tapi juga buka lebih banyak peluang untuk masa depan anak Sarawak.







