Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Tak Perlu Tunggu Sakit, Program Saringan Percuma Wanita Johor 2026 Kini Aktif

by Ayu Kamaruddin
February 26, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat semua wanita Johor, ini peluang yang memang worth it untuk kesihatan diri sendiri. Di bawah Belanjawan Johor 2026, satu inisiatif pemeriksaan Mammogram & Ultrasound Percuma diperkenalkan khusus buat golongan wanita di negeri ini. Program ini berada di bawah Teras 3: Jaringan Keselamatan Sosial dan digerakkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan kerjasama KPJ Healthcare serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor sepanjang tahun 2026. Kerajaan negeri nak wanita Johor lebih peka, lebih awal buat saringan dan lebih selamat.

Kenapa Inisiatif Ini Penting?

Kanser payudara masih antara penyumbang utama kadar kematian dalam kalangan wanita di Malaysia. Statistik kebangsaan menunjukkan pengesanan awal masih rendah khususnya dalam kalangan wanita B40, ibu tunggal, suri rumah dan mereka yang kurang akses kepada kemudahan kesihatan.

@ypkdtofficial

WANITA JOHOR, INI UNTUK ANDA! Pemeriksaan Mammogram & Ultrasound PERCUMA di bawah Inisiatif Belanjawan Johor 2026 Inisiatif khas Kerajaan Negeri Johor ini melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan kerjasama KPJ Healthcare dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Bantuan perkhidmatan yang disediakan: ✔️ Saringan Mammogram ✔️ Saringan Ultrasound ✔️ Konsultasi Pakar Khas untuk wanita Johor 18 tahun ke atas Pengesanan awal kanser payudara mampu menyelamatkan nyawa. 📲 Imbas QR Code atau klik link dibawah untuk permohonan: https://forms.gle/5jonTrt7y1W7cMLW6 ⚠️ Tertakluk kepada syarat dan kelulusan #BersamaYPKDT #membawawanitadalamaruspembangunan #MajuJohor #mammogramssavelives #CapCut

♬ original sound – YPKDTHQ – YPKDTHQ

Siapa Yang Layak?

Bagi memastikan manfaat program ini disalurkan kepada golongan sasaran, berikut adalah kriteria yang ditetapkan:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak menjalani pemeriksaan mammogram dalam tempoh dua tahun terakhir
  • Kalau dah lama tak buat saringan, ini masa yang sesuai untuk ambil peluang.

Apa Yang Disediakan?

Bukan sekadar pemeriksaan biasa, inisiatif ini merangkumi:

  • Saringan Mammogram
  • Saringan Ultrasound
  • Konsultasi bersama pakar

Maknanya, bukan hanya buat ujian dan balik, peserta juga akan diberi penerangan lanjut mengenai keputusan serta langkah seterusnya jika diperlukan.

Lokasi Saringan

Sebanyak tujuh hospital di bawah rangkaian KPJ Wilayah Selatan telah dipilih sebagai pusat saringan rasmi. Dengan pemilihan beberapa lokasi strategik ini ia dapat memastikan wanita dari pelbagai daerah dapat membuat saringan dengan lebih mudah dan selesa.

  • KPJ Johor Specialist Hospital
  • KPJ Puteri Specialist Hospital
  • KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital
  • KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital
  • KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital
  • KPJ Kluang Specialist Hospital
  • KPJ Batu Pahat Specialist Hospital

Lokasi ini meliputi kawasan utama di Johor, jadi lebih mudah untuk wanita mendapatkan akses tanpa perlu bergerak terlalu jauh.

Cara Memohon

Permohonan dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang yang disediakan melalui pautan rasmi

  1. Layari pautan rasmi yang disediakan atau imbas QR di dalam poster yang disediakan diatas.
  2. Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan tepat.
  3. Hantar borang untuk semakan pihak penganjur.
  4. Tunggu makluman pengesahan serta tarikh temu janji saringan.

Pemohon digalakkan membuat permohonan lebih awal kerana tempat adalah terhad dan tertakluk kepada kelulusan

Jangan Ambil Mudah

Kesedaran tentang kanser payudara bukan isu kecil. Ramai wanita hanya menyedari selepas simptom menjadi serius. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kesihatan malah ia adalah satu langkah pencegahan. Lebih awal dikesan, lebih tinggi peluang rawatan berjaya.

Bagi Murai, peluang percuma ini jangan ditunggu orang lain dulu baru nak dafta, kesihatan bukan perkara yang boleh ditunggu-tunggu. Langkah kecil pada peringkat awal seperti ini boleh jadi keputusan paling besar untuk masa depan kita.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
johor
Share5Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara