Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Bawa Ke Kes Tali Gantung, Diorang Ni Besar Kepala”- Mimi Lana

by Nurul A.
October 14, 2025
Foto - @missmimilana (IG)

Foto - @missmimilana (IG)

Share on Facebook

Susulan daripada kes jenayah melibatkan rogol dan buli pelajar yang semakin membimbangkan ramai, aktres Mimi Lana tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap pelaku jenayah bawah umur.

Menerusi akaun Threads miliknya, Mimi Lana atau nama penuhnya Mimi Rozalana Zainal Abidin telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kes jenayah bawah umur yang semakin meningkat saban hari.

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Dakwanya, peningkatan kes jenayah melibatkan kanak-kanak bawah umur dikategorikan sebagai “parah” serta wajar diberikan hukuman yang berat dan setimpal.

“Rasanya kes jenayah bawah umut ni dah boleh bawa ke kes tali gantung. Diorang ni besar kepala. Sebab akta bawah umur ni selalu selamatkan diorang. Mak bapak pun ambik sambil lewa konon anak tak berfikiran rasional lagi. Rogol anak orang, buli anak orang pandai pula.”

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Mimi turut mempertikaikan tindakan sesetengah ibu bapa melihat isu ini sebagai isu tidak berapa penting dengan alasan kanak-kanak bawah umur tidak dapat berfikir dengan rasional. Malah isteri Syafiq Kyle itu juga mahu pihak berkuasa mula untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku bawah umur atas kesalahan mereka.

“Kalau itu memang prosedur undang-undang, tidak ada siapa pun yang akan dan boleh membantah. Kita cuma taknak tahu keistimewaan pelaku yang masih diberikan peluang selepas melakukan jenayah. Apa yang kita nak dengar ialah inisiatif dan tindakan tegas daripada pihak sepatutnya terhadap kes buli dan rogol yang semkain kerap berlaku.”

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Pada masa yang sama, Mimi juga berharap agar semua orang mengambil iktibar daripada kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur yang telah berlaku sebelum ini.

“Mungkin saya menulis dengan emosi, tapi sebenarnya saya cuma mengharapkan kata-kata yang lebih tegas dan berani daripada satu suara rasmi. Satu kenyataan yang jelas mengutuk perbuatan pelaku dan memberi mesej yang kuat supaya pelajar dan ibu bapa lain mengambil iktibar dari kes yang berlaku sejak kebelakangan ini.”

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Untuk pengetahuan kamu, sebelum ini Mimi Lana turut bersuara lantang mengenai kes buli Zara Qairina. Aktres ini dengan tegasnya menuntut keadilan untuk pelajar tersebut.

[VIDEO] Mimi Lana Kongsi Momen Mesra Dengan Syafiq Kyle, Peminat 'Cemburu'!
Kes bulikes rogolMimi Lana
https://lomp.at/uy108
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @aishahazman8 (IG)
Lokal

Titip Semangat Buat Kamal, Aishah Tegur Sikap ‘Bitter’ Netizen- “Busuk Hati, Sebarkan Doa Bukan Fitnah”

by Nurul A.
January 14, 2026

Tak salah rasanya kalau beri kata-kata semangat kepada rakan kan? Pelakon Aishah Azman mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa hantaran...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’-“Malang Memang Tak Berbau..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem,...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore