Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

‘Bawa Sendiri Ke Heli Tu?’- Perbualan Terakhir Irfan & Bapa Di FB Menyentuh Hati

by Phic ARMAN
November 9, 2020
Share on Facebook

Mangsa nahas helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, semalam (8/11) arwah Mohd Irfan Fikri sempat meninggalkan kata-keta terakhir kepada bapanya. Beberapa jam sebelum berlepas menaiki Helikopter, Irfan sempat berbalas komen dengan bapanya Mohamed Rawi Che Muda di Facebook.

Foto: Facebook Irfan Rawi

Dalam perbualan tersebut, Mohamed Rawi dilihat bertanya kepada Irfan adakah dia akan membawa sendiri Helikopter seperti dalam video yang dimuatnaik. Namun, Irfan membalas Helikopter dalam video itu milik rakannya dan dia akan menaiki Helikopter yang lain iaitu dari ‘My Heli Club’.

Begitu menyentuh hati, apabila melihat bapa Irfan sempat menasihati arwah supaya  berhati-hati memandangkan cuaca sekarang tidak menentu. Walaupun arwah dilaporkan kerap terbang menjangkau seminggu sekali, namun komen-komen dari bapa Irfan ini seolah-olah dia tidak berasa sedap hati.

Arwah anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang isteri yang juga guru dan lima anak berusia sekitar tiga hingga 15 tahun. Dalam kejadian semalam, satu helikopter terhempas manakala satu lagi membuat pendaratan cemas di Taman Melawati.

Selain Mohd Irfan, seorang lagi mangsa maut dikenal pasti sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56, manakala dua lagi selamat iaitu Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66 dan Tan Chai Eian, 51.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
helikopterIrfanmy heli clubnahas helikopter
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara