• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Beliau Tak Perasan Saya’- Siti Nurhaliza Tak Sangka Jumpa Guru Sekolah Ketika Hantar Bantuan

Penyanyi nombor satu negara imbau kenangan zaman sekolah bersama guru

by Puteri Alia
December 28, 2021
Foto - Instagram @ctdk

Foto - Instagram @ctdk

Share on Facebook

Seperti sedia maklum usahawan dan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan selebriti terawal memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga di Pahang.

Imbau Kenangan Bersama Guru Gimnas

Penyanyi kesayangan ramai ini, aktif memberi sumbangan di sekitar daerah kampung halamannya. Menerusi perkongsian Siti di Instagram, penyanyi ini singgah di Kuala Lipis baru-baru ini bagi menghantar barang bantuan di sana.

Siti yang menghantar barang bantuan di Taman KSM, Kuala Lipis tidak menyangka bertemu dengan guru gimnas ketika sedang berbual dengan penduduk taman tersebut.

Foto – Instagram @ctdk

“Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.

Saya juga berborak-borak dengan penduduk taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu zaman sekolah. Beliau juga tidak perasan saya.

Sepanjang berada di sana, saya memang memakai pelitup muka (mask) dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami. Guru gimnas saya rupanya dan saya juga tidak perasan (maklumlah dah lama sangat).

Begitulah cerita, sesekali pulang ke daerah kenangan, banyak kenangan mengusik jiwa.” Kongsinya

Peminat Jatuh Cinta Dengan Sikap ‘Humble’ Siti

Melihat aksi penyanyi dan usahawan berjaya ini di dalam video yang dikongsikannya di Instagram, membuatkan peminat selebriti ini jatuh cinta dengan sikap merendah diri Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ramai yang memuji sikapnya yang tidak lupa guru diruangan komen posting tersebut.

Foto – Instagram @ctdk

“Bagus ingat dan kenang jasa guru”

“Bagus nye Tok Tie, sangat humble…. Mahal sungguh statement ‘I kenal you lah. You tak kenal I’… Spontaneous dari orang yang memang jiwa humble. Salute!”

“Humble nya Tok Ti cuit kawan sekolah dia tu.. Langsung tak ada nampak diva atau artis popular. Respect gila”

“Down to earth dan makcik-makcik sangat cara dia sembang. Tak nampak pun diva, kan” komen mereka

Dari dulu lagi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ni humble, sebab tu ramai peminat sayang!

Aspirasi Untuk Inspirasi: Meraikan Kejayaan 13 Tokoh Wanita Luar Biasa Malaysia
Dato Sri Siti Nurhalizaguru
https://lomp.at/tjt1p
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore