Pembantu peribadi kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Nielrafeq tampil bersuara terhadap momen Bella ketika menyampaikan anugerah kepada pelakon, Sophia Albarakbah di Acara Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT) yang berlangsung di Dewan Putra, Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Bella Menggigil Kerana Trauma
Menerusi hantaran di Instagram, Niel menyatakan bahawa momen kekok itu tersebut adalah disebabkan Bella merasa trauma terhadap apa yang berlaku pada dirinya.
“Kawan yang terdekat je tahu apa dia buat kat hidup Bella dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang memberi trauma pada hidup dia.”-kata Niel di Insta Stories
“Dia Je Pernah Nampak Apa Yang Orang Tak Tahu..”
Tambahnya lagi, ramai orang tidak mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan, malah Bella sering menitipkan pesanan kepada kenalan rapatnya bahawa Allah sentiasa menyayangi dan beri yang terbaik buat orang-orang yang sabar.
“Dia gigil sebab dia trauma. Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga hari ini. Sebab Bella selalu pesan kepada kami, yang penting Allah tahu.
Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar. #Jangan buat innocent.”-tulis Niel lagi
Sekadar info, nama Sophia Albarakbah menjadi bualan netizen selepas didakwa cuba mendekati dan menaruh perasaan terhadap aktor dan penyanyi, Aliff Aziz yang ketika itu masih lagi menjadi suami kepada Bella Astillah pada sekitar Januar 2023.
Bella dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputsan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.
Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.