Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Tiada Istilah Media Dibayar”- Wartawan Buka Mulut Selepas Dituduh Tak Buat Liputan Pasal Penderaan Bella

Tampil beri penjelasan tentang tugas wartawan meja mahkamah, netizen bidas dengan komen pedas

by Puteri Alia
April 11, 2022
Wakil-wakil daripada Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome (BBS) dan Persatuan Sindrom Down Malaysia sanggup hadir ke perbicaraan kes mahkamah Bella bagi memberi sokongan moral kepada saksi.Foto: SInar Harian, Kumpulan Karangkraf

Wakil-wakil daripada Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome (BBS) dan Persatuan Sindrom Down Malaysia sanggup hadir ke perbicaraan kes mahkamah Bella bagi memberi sokongan moral kepada saksi.Foto: SInar Harian, Kumpulan Karangkraf

Share on Facebook

Wartawan, Farah Marshita tampil beri penjelasan bagi menjawab dakwaan pemilik akaun Twitter Bomoh Bursa yang mendakwa wartawan tidak membuat liputan mengenai kes penderaan adik Bella kerana telah dibeli.

Buka Mulut Tentang Tugas Wartawan Meja Mahkamah.

Melihat tuduhan yang dilemparkan terhadap pengamal media, Farah beri penjelasan dengan mengaitkan tentang tugas wartawan meja mahkamah di laman Facebook nya.

Dalam penulisan Farah di Facebook, kurangnya liputan berita tentang kes anak istimewa itu di sebabkan atas faktor kurangnya tenaga kerja dan terlalu banyak kes mahkamah yang lain perlu diberi perhatian sama.

“Di Kuala Lumpur dan Selangor, terdapat lebih 10 mahkamah yang perlu diberi liputan antaranya Mahkamah Kuala Lumpur, Mahkamah Selayang, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Bangi, Putrajaya (Istana Kehakiman), Sepang, KKB, Shah alam, Bentong.

Itu tidak termasuk Mahkamah Syariah di seluruh KL dan Selangor, seperti di Subang Bestari atau Keramat. Manakala jumlah petugas meja mahkamah kebiasaannya harga seorang atau dua orang saja antara, BH, HM, Utusan, Sinar, NST, TheStar.”

“Namun bayangkan situasi ini. Dalam sehari terdapat sekurang-kurangnya dua perbicaraan kes berprofil tinggi yang dijalankan dari pagi hingga petang dan memerlukan liputan intensif.

Kemudian kami perlu memberi liputan kes jenayah seperti kes pukul, rompak, rogol dan sebagainya di Mahkamah Selayang, PJ, Ampang atau Sepang. Itu tidak termasuk kes sivil, kes saman baharu, pernyataan pembelaan, permohonan maaf, kes mediasi, kes perbicaraan saman fitnah dan sebagainya.

Secara Purata dalam sehari, terdapat 10 kes mahkamah yang perlu diberi liputan di semua mahkamah dan ini tidak termasuk kes syariah.

Dan beza liputan kes mahkamah berbanding liputan berita lain adalah kami perlu berada di dalam mahkamah bagi memberi tumpuan dan mendengar prosiding kes dari mula sampai akhir. Ini kerana prosiding mahkamah harus tepat, tiada kesalahan dalam melaporkan atau wartawan berdepan risiko tindakan saman.” tulisnya

Nafi Wartawan Dibayar

Dalam pada itu, Farah juga turut menjelaskan tiada pengamal media yang dibayar, apatah lagi menurutnya tiada wartawan yang berpendapatan tinggi kerana wartawan hanya menerima gaji bulanan dengan kadar gaji yang tidak seberapa.

“Tiada istilah wartawan dibayar, hakikatnya yang kami dapat setiap bulan adalah gaji kami sahaja. Pernah lihat wartawan kaya raya? Hakikatnya gaji wartawan di Malaysia ini tidak seberapa tetapi kami memilih bidang ini adalah atas dasar minat dan keinginan yang tinggi.” jelasnya

via Facebook Farah Marshita

Netizen Tolak Tepi Penjelasan

Melihat penulisan tersebut di Facebook, ramai pengguna media sosial membidas penjelasan wartawan tersebut dengan komen pedas dan mempersoalkan tentang kes penderaan adik Bella.

“Hahahaha.. Kalau betul tak beli, awat tak pi cover? Rasa kes ni ditunggu-tunggu ramai kot.”

“Sembang wartawan.. Puii.. Kami nak berita Bella di kaca TV!!!!”

“Kes dah berapa hari berjalan? Pelik… Macam mana boleh tak ada wartawan? Sejak kes Bella ni terbongkar lagi.. Suam saja berita..” komen mereka

via Facebook Farah Marshita

“Kes apa lagi yang lebih berat sehari dua ni dari kes Bella ni? Sampai tak nak cover???”

“Oh kes Bella bukan keutamaan. Yelah kami percaya perit jerih penat lelah wartawan”

“Baik diam dari bagi alasan kurang cerdik + no point..” komen mereka lagi

via Facebook Farah Marshita

Melihat tinjauan Murai my di media sosial, ramai yang tidak berpuas hati dengan kekejaman yang dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda terhadap adik Bella dan mahu kes anak istimewa ini mendapat liputan media secara serius dan bukannya terkubur sepi kemudian lenyap di mata umum.

Mahkamah Kekal 12 Tahun Penjara, Hakim Mahu Gambar Kecederaan Bella Dipaparkan Dalam Perbicaraan Siti Bainun
bellaFarah MarshitaTrendingwartawan
https://lomp.at/pxmjs
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara