• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Belum Bersara Dalam Dunia Lakonan, Lisa Surihani Hanya Sibuk Dengan Tugasan Sebagai Seorang Ibu

by Puteri Alia
June 26, 2023
Share on Facebook

Sejak bertudung litup, bintang filem Istanbul Aku Datang itu mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang, terutama selepas pintu hijrah dilangkahi beberapa tahun lalu.

Meskipun sudah begitu lama tidak melihat kelibat pelakon Datin Lisa Surihani baik dalam drama mahu layak perak. Lisa menegaskan dia masih belum bersara daripada dunia seni.

Biarpun sibuk menjalani rutin harian sebagai ibu kepada Yahaira Leanne, 8, Yusof Leonne, 6, dan Yunos Laith, 2, Lisa masih terikat dengan pekerjaan dalam lingkungan dunia seni antaranya pengacaraan.

“Saya tidak pernah beri kata putus sama ada sudah bersara atau tidak kerana serahkan semua urusan rezeki kepada Allah.

“Buat masa ini memang ada tawaran lakonan tetapi ada yang masih tertunda dan ada yang masih dalam proses praproduksi sebab itu saya belum kembali ke set penggambaran lagi.

“Alhamdulillah, dalam waktu terdekat saya akan menjadi pengacara untuk sebuah program yang pengisiannya lebih kepada inovasi,” ujar isteri kepada pengarah dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim itu.

Memetik laporan berita, ditebak soalan sama ada pernah terbit rasa rindu dihatinya apabila sudah begitu lama tidak berlakon, bintang filem Istanbul Aku Datang memberitahu, kini dia berada di fasa hidup yang berbeza.

Andai buat masa ini belum tiba masanya untuk kembali berlakon, Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed, 37, berlapang dada dengan rezeki dalam dunia seni.

“Saya sudah berada di peringkat hidup di mana saya lebih banyak bersangka baik atas setiap aturan kehidupan saya. Saya selalu fikir pasti ada sebab mengapa Allah tidak beri lagi rezeki itu (berlakon).

“Sekarang pun saya sudah cukup sibuk dengan anak-anak dan juga kerja-kerja kempen serta tugas duta pelbagai produk. Tetapi saya tetap ada masa buat diri sendiri seperti menghadiri kelas-kelas dan bersenam,” tutur Lisa.

Kongsinya lagi, perspektif hidupnya kini telah berubah secara total. Jika pada awal kemunculannya Lisa memburu pencapaian terbaik, namun kini lebih kepada kekal bertahan dalam industri seni.

“Pada usia sekarang kalau dalam kekal bertahan dalam industri hiburan pun sudah cukup baik. Saya bukan lagi mengejar segala kerja dan pencapaian seperti dahulu.

“Saya cuma ini memperbaiki diri menjadi individu, isteri, anak dan ibu yang lebih baik dalam segala aspek termasuk kerohanian,” tuturnya yang ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu sabun Daia iaitu Daia Hijab All Day Freshness di Putrajaya baru-baru ini.

Lisa yang dilantik menjadi duta produk tersebut bersyukur atas rezeki dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Nampaknya selepas berkahwin dan memiliki anak, saya banyak bekerjasama dengan produk ‘mak-mak’, sesuai dengan status dan imej saya sekarang ini.

“Namun, saya memang menilai pelbagai aspek sebelum bersetuju untuk menjadi duta. Apapun saya bersyukur walaupun semakin kurang aktif berlakon, rezeki untuk menjadi duta produk sentiasa ada,” kata Lisa menutup bicara.

Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-"Terima Kasih Menjadi Inspirasiku.."
Lisa Surihani
https://lomp.at/ayn8q
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @jammypants4 / @outroygeous (X)
Bollywood

‘King’ Shah Rukh Khan Tiru Penampilan Brad Pitt Dalam ‘F1: The Movie’?

by Nurul A.
November 13, 2025

Peminat Bollywood telah menemui obsesi terbaru mereka iaitu penampilannya berambut perak Shah Rukh Khan daripada filem 'King' yang akan datang. ...

Read more
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Lihat Koleksi Robot Milik Afwa Khalid-“Tak Sangka Minat Kita Sama”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang sedang bermain dengan permainan robot miliknya itu. Afwa juga menerangkan mengenai...

Read more
by Noah Ab
October 23, 2025
Lokal

[VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan aksi Nabil Ahmad yang menyakat anak perempuan Tok Ram iaitu Izzara dengan menanyakan...

Read more
by Noah Ab
November 10, 2025
Lokal

Zul Ariffin Batal Hijrah Ke Mekah Gara-Gara Jumpa Orang Mengarut

Pelakon terkenal Zul Ariffin akhirnya mendedahkan sebab sebenar di sebalik pembatalan hasratnya untuk berhijrah ke Mekah, yang sebelum ini dirancang...

Read more
by Puteri Alia
October 29, 2025
Lokal

Nabila Razali ‘Sound’ Netizen Suka Cari Kesalahan Orang Lain Di Media Sosial

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil bersuara terhadap sikap sesetengah netizen yang suka mencari kesalahan orang lain di media sosial....

Read more
by Naddy Joe
October 22, 2025
Lokal

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru

Penyanyi popular Haqiem Rusli meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu penerbit terkenal, Datuk A Aida kini sedang ditidurkan di Unit...

Read more
by Puteri Alia
September 26, 2025
Foto - @ericfuzi_f88 (IG)
Lokal

Terpaksa ‘Ikat Perut’, Eric Fuzi Belum Terima Bayaran Hutang Sebanyak RM51K- “Minggu Ni Auto Diet”

Itulah realiti sebenar apabila menjadi pemiutang. Jujur MURAI katakan, sebagai pemiutang, memang agak rumit untuk kita dapatkan semula wang yang...

Read more
by Nurul A.
December 17, 2025
Lokal

Isu Tarikh Nikah Uqasha Dan Kamal Adli , Ustaz Wan Halim Jelaskan Sah Jika Cukup Rukun

Bagi meleraikan kekeliruan yang timbul susulan isu pernikahan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli, pendakwah bebas, Ustaz Wan Halim Md....

Read more
by Puteri Alia
October 23, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Terharu Lihat Wany Hasrita Sanggup Menyanyi Dalam Hujan…-“We Love U”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Wany Hasrita yang menyanyi bagi menghiburkan peminat yang hadir walaupun dalam keadaan hujan...

Read more
by Noah Ab
November 24, 2025
Lokal

Isteri Amy Search Respon Kritikan Peminat Tentang Gaya Rambut

Baru-baru ini, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila muncul dengan penampilan rambut yang...

Read more
by Zaidin Albert
October 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore