Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dituduh Cemar Imej Jalur Gemilang, Bunkface Titip Pesanan Khas Buat Netizen

Kumpulan itu sudah lama memakai bendera berkenaan sebagai identiti mereka

by Khai Azfar
August 25, 2021
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai ciapan yang dimuatnaik oleh akaun rasmi kumpulan Bunkface yang menyatakan semangat cinta akan tanah air beserta foto sebuah bendera yang mempunyai logo kumpulan itu.

Dituduh Cemar Imej Jalur Gemilang

Perjuangkan, Pertahankan, Tanah Airku. Satu Suara Laungkan, Merdeka! #KitaPunya pic.twitter.com/KePKnuq7gA

— Bunkface! (@bunkfaceband) August 24, 2021

Bagaimanapun ciapan tersebut telah dikecam oleh segelintir pengguna Twitter berikutan menyifatkan Bunkface telah mencemarkan imej bendera tersebut yang kononnya sama seperti rekaan Jalur Gemilang.

“Jangan jadi bodoh. Jalur Gemilang tak bersalah. Kau nak berjuang ke nak bergolek ke pegi mampos la. Tak payah libatkan panji negara ni”

” Boleh tahu apa yang bermain di kepala anda? Serius, apa yang bermain di kepala anda….dah tak famous pastu nk famous guna cara controversial huh” ujar mereka

Namun begitu, buat peminat setia Bunkface, mereka telah menjelaskan bahawa kumpulan itu sudah lama memakai bendera berkenaan sebagai identiti mereka. Malah warna yang tidak sama serta jalur yang tidak mencukupi seperti Jalur Gemilang menguatkan lagi bahawa Bunkface bukanlah mahu merosakkan imej kebanggaan rakyat Malaysia.

Bunkface Bidas Kenyataan Netizen

Malah, Bunkface turut membalas kembali dakwaan tersebut dengan menegaskan kepada netizen untuk tidak mempersoalkan mengenai semangat patriotisme mereka selain berkongsi pautan video muzik lagu tema Hari Kebangsaan 2018 berjudul Kita Punya Malaysia yang juga merupakan nyanyian mereka.

“Jangan awak berani persoalkan semangat patriotisme kami kepada negara kami” ciap Bunkface

Sekadar info,lagu Kita Punya Malaysia dendangan Bunkface telah dipilih sebagai lagu tema untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 .Lagu tersebut dipilih daripada beberapa lagu penyanyi lain yang diterima berdasarkan ia mempunyai elemen ‘most catchy’ dan berlainan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bunkface
Share14Tweet9SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara