Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Berang Dilabel “Pelakor”, Davina Karamoy Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

by Nurul A.
December 15, 2025
Foto - @davinaakaramoy (IG)

Foto - @davinaakaramoy (IG)

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktres Indonesia, Davina Karamoy sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas munculnya khabar angin mengenai dirinya menjadi perempuan simpanan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Dito Ariotedjo.

Khabar angin tersebut didakwa telah mengancam kerjayanya sebagai seorang aktres, dan disebabkan oleh itu Davina memberi amaran bahawa dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan tersebut.

“Jika isu ini masih lagi diperkatakan, nampaknya ia perlu dibawa ke mahkamah.”

View this post on Instagram

Kenyataan Davina itu merupakan respons terkininya terhadap tuduhan berulang tanpa sebarang bukti yang jelas. Pada masa yang sama, aktres itu juga mengakui dia keliru apabila diminta penjelesan mengenai khabar angin tersebut.

“Apa yang perlu dijelaskan sebenarnya? Saya juga keliru. Sejujurnya saya sudah sampai ke tahap melepaskan dan cuba menerima apa sahaja yang mereka ingin katakan atau apa sahaja fitnah yang mereka lemparkann. Walaupun kadangkala fitnah itu di luar skop watak saya, jadi saya anggap itu sebagai gurauan sahaja.”

View this post on Instagram

Untuk pengetahuan semua, khabar angin ini muncul di tengah-tengah isu perceraian bekas Menteri Belia dan Sukan, Dito Ariotedjo dan isterinya, Niena Kirana Riskyana.

Semasa proses perceraian itu, khabar angin mula tersebar mengenai kehadiran pihak ketiga, didakwa Davina Karamoy, yang dikatakan punca kepada keretakan rumah tangga pasangan itu.

@peach_gum3

#davinakaramoy #ditoariotedjo #viral

♬ suara asli – riyya599 – R I Y Y A || moon 🌙

Khabar angin menjadi lebih hangat selepas beberapa gambar didakwa Dito dan Davina meluangkan masa bersama-sama tersebar di media sosial. Namun kesahihan dan konteks gambar-gambar ini tidak dapat disahkan.

Sebulan sebelum khabar angin tersebut, Niena memuat naik video Davina bersenam di gimnasium Kementerian Belia dan Sukan, menyindir secara sarkastik dengan mengajak orang ramai untuk menggunakan kemudahan awam tersebut.

Sehingga ke hari ini, tiada penjelasan rasmi daripada bekas Menteri Belia dan Sukan, Dito Ariotedjo mengenai khabar angin tersebut.

[VIDEO] Muat Naik Konten Deepavali, Penampilan Davina Karamoy Tuai Pujian Ramai
davina karamoyDito Ariotedjoniena kirana riskyana
https://lomp.at/5z8xa
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara