Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Berat Badan Naik Disangka Hamil, Najwa Latif Nafi Sedang Berbadan Dua

by Puteri Alia
July 11, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Najwa Latif menafikan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama sebaliknya semakin berisi selepas mendirikan rumah tangga.

Menjawab tenang ucapan tahniah yang diberikan kepadanya, Najwa sama sekali tidak melenting sebaliknya menjelaskan perkara itu sambil tertawa bersama suaminya, Akwa Arifin.

“Amin, walaupun tak pregnancy lagi tapi amin. Saya belum pregnant (hamil). Bukan pregnancy, salah itu… sepatutnya tahniah kak Wawa untuk perut buncit.

“Belum lagi tapi amin, doakan yang baik-baik ok,” kata Najwa.

Najwa menerusi Instastory berkongsi komen daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah atas kehamilannya dan berharap ibu serta bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.

Malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu mengharapkan semua orang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan pasangan yang positif itu dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Namun, ada juga yang berharap soalan sensitif itu tidak seharusnya diajukan sebaliknya hanya menantikan perkongsian pasangan yang berkahwin jika berbadan dua.

Terdahulu, spekulasi mengenai Najwa sudah hamil mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan nampak ‘baby bump’.

Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November tahun lalu.

Najwa Latif Bawa Semangat Baru ke Kampus Bersama Gardenia
najwa latif
https://lomp.at/bct1j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara