Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Najwa Latif Bawa Semangat Baru ke Kampus Bersama Gardenia

by Phic ARMAN
June 13, 2025
311
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, Najwa Latif yang dulu dikenali dengan lagu-lagu jiwang kini tampil sebagai pensyarah yang aktif turun padang berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para pelajar universiti. Melalui program jelajah anjuran Gardenia bertajuk Fuel Your Success One Bite At A Time, Najwa hadir bukan sekadar sebagai selebriti, tetapi sebagai insan yang pernah melalui fasa mencabar sebagai pelajar dan kini sebagai pendidik.

Program ini menumpukan kepada aspek penting dalam kehidupan mahasiswa seperti pengurusan masa, tekanan emosi dan kemahiran komunikasi. Sesi perkongsian Najwa sangat santai, realistik dan dekat dengan situasi sebenar yang dihadapi pelajar hari ini. MURAI MY sendiri sempat hadir ke lokasi di UiTM Puncak Alam, dan ternyata suasananya sangat hidup dan penuh semangat.

Apa yang menarik, program ini tidak bersifat terlalu formal. Pelajar boleh terlibat dalam sesi kuiz spontan, berinteraksi dengan Najwa dan rakan fasilitator, malah bawa pulang hadiah menarik. Gardenia juga memperkenalkan rangkaian produk Ready to Eat (RTE) mereka yang praktikal untuk gaya hidup pelajar yang sibuk. Roti percuma, kupon diskaun dan barangan eksklusif turut diagihkan kepada peserta.

Menurut Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia, mereka percaya kejayaan bermula dengan pilihan kecil yang bijak. Produk Gardenia bukan sekadar untuk kenyang, tapi juga sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat dan sokongan kepada kesejahteraan mental dan fizikal pelajar. Malah, dua produk baharu yang lebih menarik akan dilancarkan tidak lama lagi khas untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang mudah dan sedap pada harga mampu milik.

Topik Berkaitan Dari Roti Ke Rezeki Raya, Gardenia Bantu Asnaf Shopping Raya

Majlis pelancaran di UiTM Puncak Alam turut dirasmikan oleh Encik Hirman bin Awang, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dari Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau menyatakan sokongan terhadap program seperti ini yang bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan pelajar, malah turut membantu pembangunan kemahiran insaniah yang seimbang.

Program ini melibatkan sepuluh universiti seluruh Semenanjung Malaysia, bermula di UPM pada 26 April, diikuti UM, USIM, UiTM Puncak Alam, USM, UNIMAP, UMP, UTHM, UIAM dan berakhir di UTM Kuala Lumpur pada 23 Ogos.

Bagi para pelajar universiti yang sedang menantikan kehadiran Gardenia dan Najwa Latif ke kampus, inilah peluang untuk dapatkan inspirasi, makanan percuma, hadiah menarik dan sesi perkongsian yang bermanfaat, semuanya dalam satu program.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ena Suhaila AbasGardeniaHirman bin Awangnajwa latif
Share124Tweet78SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara