Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Berbaju Melayu Lengkap Sertai Larian Maraton, Edan Syah Pecah Rekod Dunia!

by Arsiqin Yusof
April 25, 2023
Share on Facebook

Pelari maraton terkenal Malaysia, Edan Syah telah berjaya memecah rekod dunia (Guiness World Record) bagi larian maraton dalam acara TCS London Marathon, United Kingdom pada Ahad lalu.

“Misi Tercapai”

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Edan atau nama lengkapnya Mohd Syahidan Alias, 36, berjaya menyempurnakan acara itu dengan catatan masa kurang tiga jam sambil berbaju Melayu lengkap dari jenama Bulan Bintang.

“Alhamdulillah, misi tercapai! kita berjaya berjaya mencapai misi kurang daripada tiga jam sebagai Pemegang Rekod Dunia Guinness : Maraton Penuh Terpantas (42.2 kilometer) dalam pakaian tradisional Melayu (Lelaki) dengan catatan masa 2 jam 49 minit 22 saat!” kongsinya.

View this post on Instagram

A post shared by Edan Syah | Marathon Run Coach (@edansyah)

Dalam pada itu, Edan tidak lupa menulis kata-kata penghargaan kepada pihak jenama Bulan Bintang atas kerjasama yang dijalinkan.

“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea ‘luar kotak’ saya untuk projek ini. Anda semua berani mencipta penanda aras baharu, apa yang boleh dilakukan dan merealisasikan sesuatu yang mustahil,” coretnya lagi.

Material Selesa

Difahamkan, material yang digunakan untuk Baju Melayu dipakai Edan dihasilkan menggunakan fabrik jersi dan mesh untuk kesan yang ringan, selesa dan tentunya sesuai dipakai ketika berlari.

Manakala reka bentuk sampin yang dipakai pula disertakan dengan poket yang boleh menyimpan gel tenaga serta botol air kecil.

View this post on Instagram

A post shared by Edan Syah | Marathon Run Coach (@edansyah)

Apapun, syabas Murai MY ucapkan kepada Edan Syah!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
baju melayuBulan BintangEdan SyahLondonMaraton
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KC Global Media
Sukan

KC Global Media Umum Siri Pengembaraan Terbaru “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”

by Nurul A.
July 30, 2026

KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, "AXN Ultimate Challenge: Sarawak". Siri ini merupakan kerjasama antara...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara