Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Berbakat & Ada Banyak Kelebihan, Puteri Jenna Dikhabarkan ‘Kembar’ BLACKPINK Lisa?

by Soph Azz
September 13, 2023
Foto - @jnnanrdm (IG)

Foto - @jnnanrdm (IG)

Share on Facebook

Baru berusia 11 tahun, Puteri Jenna Norodom iaitu ahli kerabat diraja Kemboja sangat popular sehingga digelarkan sebagai kembar BLACKPINK Lisa. Puteri Jenna menjadi bualan ramai bukan sahaja kerana susur galurnya, malah kelebihan yang dimilikinya tidak seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Psst… Miss Murai kongsikan dengan kamu apa kelebihan dan bakat Puteri Jenna  sehingga beliau sering jadi sebutan orang ramai di Kemboja dan luar negara.

Puteri Kacukan Perancis-Kemboja 

Dilahirkan di Paris pada tahun 2012, Puteri Jenna merupakan anak kepada Puteri Norodom Buphary dan seorang lelaki Perancis.

Foto – Jenna Norodom (FB)

Info: Puteri Jenna adalah cucu kepada Puteri Norodom Chakrapong dan moyangnya pula mendiang Raja Norodom Sihanouk.

Ketika usianya berusia 3 tahun, keluarga Puteri Jenna berpindah kembali ke Kemboja. Sejak daripada itu, Puteri Jenna menikmati kelebihan seperti kehidupan mewah dan pendidikan terbaik.

Fasih Bertutur Dalam 5 Bahasa

Selain mempelajari bahasa Perancis dan Khmer daripada ibu bapanya, Puteri Jenna turut mempelajari bahasa lain. Antaranya bahasa Thai, Cina dan Inggeris.

YouTube video

Kelebihan ini boleh dilihat menerusi akaun YouTube di mana dia sering menyanyikan lagu dalam bahasa yang dipelajarinya.

Ceburi Industri Hiburan Pada Usia Yang Muda 

Secara rasminya Puteri Jenna menceburi industri hiburan pada usia 6 tahun sebagai seorang pelakon, penyanyi dan penari. Puteri ini pernah muncul dalam drama televisyen popular iaitu Tep Thida Pokul Meas (2020) dan Golden Kingdom (2021).

YouTube video

Meminati BLACKPINK Lisa, Puteri Jenna sering dipanggil sebagai “Little Lisa” kerana memiliki wajah seakan-akan dan berkebolehan untuk menari seperti Lisa.

Walaupun sudah berkecimpung dalam industri hiburan, Puteri Jenna tetap melanjutkan pelajaran untuk belajar opera di Music Arts School di Phom Penh.

[VIDEO] Sumber 'Orang Dalam' Dedah BLACKPINK Lisa Baru Kahwin & Ini Suaminya...

Digelar ‘”Influencer Princess”

Siapa sangka puteri diraja boleh jadi influencer terkenal. Buktinya Puteri Jenna berjaya memiliki 2 juta pengikut di Facebook, 600k pengikut di YouTube dan 50.2 juta tontonan di TikTok.

@jennanorodom

មក unboxing ឡេកំប៉ុងធំ 500 ក្រាមរបស់ Callalilly

♬ original sound – Jenna Norodom ???? – Jenna Norodom ????

Selain itu Puteri Jenna turut menjadi duta kepada jenama diraja dan serantau seperti Cambodian Cellcard Telecommunications Company, Indonesian Marie Regal, Chinese R&F Properties dan banyak lagi.

Orang dulu-dulu cakap, “kecil-kecil cili padi”.

blackpink lisajenna norodomlalisa manobalprincess jenna
https://lomp.at/a560r
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara