Saturday, September 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Bergaya! Paris Hilton Kongsi Tips Memasak Dengan ‘Style’ Paling Diva

by Aphit J.
March 13, 2020
via thetalko

via thetalko

78
KONGSIAN
Share on Facebook

Paris Whitney Hilton ataupun dikenali sebagai Paris Hilton merupakan selebriti terkenal di Amerika yang melibatkan diri sebagai ahli perniagaan, model, penyanyi, pelakon, pereka pakaian dan DJ. Baru-baru ini cicit kepada pengasas Hotel Hilton ini telah berkongsi video memasak dengan peminat di laman Youtubenya: ‘Cooking With Paris’.

Apa yang menariknya, video berdurasi 16 minit ini menunjukkan Paris Hilton memasak lasagna sambil berkongsi tip masakan yang berguna kepada peminatnya. Berikut adalah antara tip perkongsian Paris Hilton menurut thetalko.

Elakkan Kepingan Lasagna Daripada Pecah

via thetalko

Perkara yang menjadi bahan utama dalam memasak lasagna adalah menyediakan kepingan lasagna yang sempurna. Walaupun Paris mencadangkan untuk membeli kepingan lasagna yang sudah dimasak untuk menjimatkan masa, tetapi beliau tetap memberi tip lain supaya mengekalkan bentuk kepingan lasagna tanpa memecahkannya.

Perasakan Masakan Mengikut Numbor Kegemaran Anda

via buzzfeed

Sesuatu yang pelik bukan? Inilah yang dilakukan oleh Paris. Dalam video masakanya itu, Paris telah menggunakan sebanyak 11 kali perasa garam. Ini kerana beliau percaya akan nombor 11 merupakan nombor kegemaran dan mungkin membawa tuah baginya.

Memakai Kaca Mata Apabila Memotong Bawang

via thetalko

Ini satu life hack yang sangat bijak! Kita sedia maklum, Paris sangat menitikberatkan perkara-perkara yang memudahkan urusan harianya dan dalam video ini kita dapat melihat satu lagi sisi Paris yang sangat kreatif apabila beliau mengenakan sepasang kaca mata hitam untuk memotong bawang. Baginya, ini dapat mengelak daripada matanya berair sekaligus dapat elakkan kerosakan pelentik bulu mata beliau. Wah, menarik!

Gunakan Semburan Badan Untuk Kekal Harum

via New York Post

Menurut thetalko, Paris mencadangkan supaya menggunakan semburan badan untuk memastikan anda sentiasa harum dan nampak sempurna ketika di dapur.  Di dalam video dapat dilihat yang paris agak berhati-hati ketika menggunakan semburan badan dengan menjarakkan dirinya sedikit daripada masakan.

Pastikan Anda Mempunyai Pembantu

via thetaiko

Jika anda mempunyai dapur besar atau merancang untuk memasak sesuatu yang memerlukan bantuan, pastikan sentiasa ada seseorang untuk membantu dalam apa jua yang diperlukan. Inilah yang ditunjukkan oleh Paris dalam video apabila beliau menunjukkan anjing kecilnya memakai apron yang bernama Diamond Baby sebagai pembantu dapurnya.

Memakai Sarung Tangan Chef

via thetaiko

Memakai sarung tangan dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Seperti yang dinyatakan thetalko, Paris memakai sarung tangan chef untuk mengelakkan daripada terkisar jarinnya sendiri. Ini menunjukkan walaupun berada didapur, Paris tetap meletakkan diri dalam keadaan yang penuh dengan style!

Secara keseluruhan boleh dilihat bahawa Paris menekan kepada kita untuk mewujudkan suasa dapur yang sentiasa mempunyai positive vibes dengan sedikit humor, pembantu yang comel dan gaya yang menarik yang akhirnya membawa kepada hasil makanan yang sangat lazat.

https://lomp.at/thxr3
Share35Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  4. 4

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

  5. 5

    RM250 Seorang Untuk Anak Bawah 6 Tahun, Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem