• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Bergerak Solo? Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik

by Phic ARMAN
March 20, 2023
Share on Facebook

Pelakon Syida Melvin memberanikan diri bergerak solo tanpa adik-beradik untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman iaitu Madani Coffee.

Syida yang masih bekerjasama dengan adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syifa dan Syafiqa membangunkan produk kosmetik berkata, meskipun perniagaan tersebut telah berjaya, namun dia mahu mencabar diri dengan memulakan perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri,” katanya.

Tambah Syida, 25, keputusannya untuk mencuba perniagaan baharu tidak bermakna terdapat sebarang isu antaranya dengan adik-beradik yang lain, malah mereka secara terbuka menyokong usahanya itu.

“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” tutur Syida.

Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen, menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.

“Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.

“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida.
Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya, Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

syida melvin
https://lomp.at/9soq6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bisnes

Dapat Idea Di Tanah Suci, MyBaik Buka Restoran Pertama Di Selangor!

by Phic ARMAN
October 12, 2025

Siapa sangka, idea yang tercetus di Tanah Suci Mekah akhirnya membawa kepada lahirnya jenama fastfood Muslim tempatan pertama di Malaysia,MyBaik!...

Read more
Korporat

Kabin Kru AirAsia Diktiraf Terbaik Di Dunia, Ini 2 Lagi Anugerah Mereka Rangkul Di Bahrain

AirAsia sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tiga anugerah utama di World Travel Awards (WTA) Grand Final 2025 yang...

Read more
by Phic ARMAN
December 7, 2025
Bisnes

Safee Sali Bangga Dengan Ahmad’s- “Ia Bukan Sekadar Jenama Makanan”

Kalau sebut nama Safee Sali, ramai yang akan teringat detik-detik emas bola sepak Malaysia dulu, gol kemenangan, sorakan penuh semangat,...

Read more
by Phic ARMAN
October 31, 2025
LifeXplore

“Luar Nampak Garang, Tapi Dia Sebenarnya…”- Reen Rahim Kongsi ‘Asam Garam’ Uruskan Perniagaan Dengan Suami

MURAI mahu ceritakan  sedikit pasal Reen Rahim yang bukan saja cantik dan berbakat, tapi pandai urus bisnes dengan suami, Hazim...

Read more
by Phic ARMAN
December 9, 2025
Inspirasi

5 Fakta SANTAN Menang Besar Di ACES Awards 2025. Siap CEO Pun Dapat Anugerah!

Santan, jenama F&B di bawah Capital A, sekali lagi buktikan mereka bukan biasa-biasa bila menggondol Industry Champions of the Year...

Read more
by Phic ARMAN
December 6, 2025
Bisnes

5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Lepas MURAI tengok sendiri bagaimana Restoran Khairul Aming baharu di perkenalkan, Rembayung dan disambut orang ramai, ada beberapa benda yang...

Read more
by Phic ARMAN
December 9, 2025
Bajet

Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Semak Dividen ASB Secara Online 2025

Setiap hujung tahun, geng pelabur ASB mesti berdebar tunggu pengumuman dividen. Maklumlah, inilah masa paling best nak tengok “hasil” duit...

Read more
by Phic ARMAN
September 17, 2025
Screenshot
Bisnes

UNIQLO Jayakan Inisiatif ‘The Heart of LifeWear’ Beri Keselesaan Kepada Lebih 26,000 Rakyat Malaysia

Peruncit pakaian global, UNIQLO meneruskan misinya untuk menjadikan kehidupan lebih baik untuk semua melalui tahun kedua inisiatif 'The Heart Of...

Read more
by Naddy Joe
November 19, 2025
Bisnes

Anas Zahrin Raih Gelaran Seller Creator Terbaik 2025

Nampaknya bintang usahawan muda Anas Zahrin terus bersinar tanpa henti. Pengasas jenama kecantikan tempatan ANAS Cosmetics ini sekali lagi mencuri...

Read more
by Phic ARMAN
November 1, 2025
Bajet

“Gelap Gelita, Bintang Jelas Terang”- Padang Terap Perlis Rupanya Syurga Stargazing Asia

Padang Terap, Perlis tiba-tiba muncul dalam radar pengembara low-key explorer apabila kawasan ini disebut-sebut sebagai syurga stargazing Asia dengan kawasan...

Read more
by Aisy
December 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore