• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Berita Baik Untuk Orang Kedah! Pemasangan Percuma Dekoder Siaran TV Analog Ke Digital

by Phic ARMAN
November 3, 2019
Share on Facebook

Seperti mana yang kita ketahui, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan siaran berdefinisi tinggi (HD), imej dan audio berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan pelbagai kandungan secara percuma. Kawasan Tengah dan Selatan Malaysia baru sahaja beralih dari TV analog ke digital pada 30 September 2019, diikuti dengan kawasan Utara dan Pantai Timur pada 14 Oktober lepas.

Di Kedah sahaja, sejumlah 178,700 dekoder diedarkan secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di negeri tersebut.

Namun, sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak faham apa signifikannya sistem baru ini kepada orang ramai terutamanya kepada warga emas serta penduduk yang menetap di luar bandar yang sama sekali terkesan dengan perubahan ini.

Baru-baru ini, Jabatan Penerangan Kedah telah menubuhkan sukarelawan khas pemasangan dekoder siaran TV digital secara percuma kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), yang tidak mengetahui cara memasang alat itu di rumah masing-masing.

Menurut laporan dari Bernama, Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat jabatan itu, Normah Ramli berkata pada masa ini sukarelawan itu terdiri daripada lima petugas teknikal jabatan berkenaan.

“Pasukan petugas sukarelawan Jabatan Penerangan Kedah untuk kerja-kerja kesukarelawanan sudah lama, tetapi sukarelawan khas untuk memasang dekoder ini hasil inspirasi daripada petugas ini yang bermula di kampung mereka, apabila ada penduduk kampung meminta tolong daripada mereka pasangkan dekoder itu,” katanya.

Menurut Normah, langkah ini sebagai usaha bagi membantu golongan tidak berkemampuan termasuk ibu tunggal dan warga emas, yang tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan bagi perkhidmatan pemasangan dekoder itu.

Beliau berkata sukarelawan itu juga akan membantu membuat tetapan saluran siaran TV digital selepas dekoder dipasang sekali gus memudahkan golongan itu menonton televisyen.

Tambahnya lagi, penduduk di sekitar kedah mereka boleh menghubungi atau datang sendiri ke Pejabat Penerangan Daerah masing-masing, untuk meminta bantuan sukarelawan ini untuk mendapatkan bantuan pemasangan.

Menerusi myFreeview, penonton dapat menikmati 15 saluran TV dan enam saluran radio termasuk lima saluran dalam HD (TV1, TV2, RTM Sports HD, RTM News/Bes HD, TV3, TV Al-Hijrah, Bernama News Channel (BNC) dan lebih banyak lagi saluran baru akan datang.

https://lomp.at/0sb71
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @fairuz6754 (TikTok)
Berita

[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”

by Nurul A.
December 13, 2025

Ada sahaja keletah anak-anak kecil kan? Baru-baru ini seorang kanak-kanak telah tular di platform TikTok ketika bapanya merakam momen membawa...

Read more
Lokal

“Tak Serik Lepas Isteri Ditahan Tentera Israel” – Datuk Mahadi Rela Lepaskan Heliza Sertai Misi Gaza Lagi

Gembira menyambut kepulangan isteri tercinta dalam keadaan selamat, usahawan Datuk Mahadi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Heliza Helmi...

Read more
by Puteri Alia
October 9, 2025
Lokal

Jojo Ghazali Kongsi Momen Miki Di Sukan SEA 2025, Sempat Usik Adik Lupa Lirik Negaraku

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo  berkongsi rasa teruja apabila adiknya, Muhammad Mikail telah...

Read more
by Naddy Joe
December 18, 2025
via Instagram Farahdhiya
Lokal

Farahdhiya Kekal Tradisional, Pilih Lelaki Memulakan Langkah Walaupun Zaman Media Sosial

Penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya mengakui masih berpegang pada cara tradisional dalam soal mencari pasangan hidup, apabila lebih selesa menunggu...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Lokal

Aliff Aziz Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Pandang Ke Belakang Selepas Kontroversi

Bukan menghilang selepas terpalit kontroversi, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memilih untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang sambil memandang ke...

Read more
by Puteri Alia
October 30, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore