Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Berita Gembira! Tebus STR 2026 RM100 Anda Bermula 9 Februari

by Phic ARMAN
January 5, 2026
32
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI nak kongsikan berita gembira buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan bermula 9 Februari 2026. Setiap rakyat yang layak akan menerima SARA RM100, sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baru Cina.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa STR 2026 Fasa 1 akan mula diagihkan 20 Januari 2026. Bayaran SARA RM100 ini boleh ditebus secara terus menggunakan MyKad di kedai-kedai terpilih di seluruh negara, senang, cepat, dan tak perlu tunggu lama!

Kalau anda berumur 18 tahun ke atas, MURAI sarankan semak baki anda sekarang di laman rasmi SARA, supaya tidak terlepas peluang untuk menggunakan sumbangan ini membeli keperluan asas sebelum ia tamat.

@utusanmelayuplusofficial

Berikut pembayaran bantuan SARA, STR fasa 1 dan SARA RM100. #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

Perlu ke memohon SARA?

Tak perlu! Kelayakan SARA diberikan secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023, terutamanya yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Bagi penerima yang layak, anda akan diberi penerangan lengkap mengenai kedai runcit terdekat untuk menebus barangan keperluan asas. MyKasih kini mempunyai lebih 600 rakan runcit di seluruh negara, termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Jadi, tak perlu risau nak cari kedai yang terlibat!

MURAI rasa inisiatif STR ini sangat membantu rakyat, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Dengan hanya menggunakan MyKad, anda boleh terus menebus bantuan ini dan pastikan keluarga anda dapat sambut Ramadan dan Tahun Baru Cina dengan lebih gembira.

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut: Semakan portal rasmi MyKasih

Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri anwar ibrahimSumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara