Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Berkepul-Kepul Bagai Awan Di AJL37, Rupanya Ini Makna & Idea Busana Aina Abdul

by Soph Azz
February 14, 2023
Foto - @ainaabdul (IG)

Foto - @ainaabdul (IG)

171
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang hadir ke AJL37, pasti tahu betapa histerianya semua orang apabila melihat Aina Abdul!

Tahniah pada pelatun lagu “Terus Hidup”; Aina Abdul kerana berjaya merangkul gelaran juara dan vokal terbaik buat kali kedua di AJL. Walaupun kemenangannya itu dinantikan-nantikan, tetapi tak dinafikan ramai yang teruja dengan fesyen yang dikenakan oleh Aina.

Kekal dengan identiti fesyen ‘next level’ dan unik itu, Aina tampil dengan busana serba putih, berkepul-kepul seperti kepulan awan ketika membuat persembahannya.

Busana yang direka oleh pereka tempatan Melinda Looi ini katanya telah menelan belanja yang sangat banyak. Dan apa yang menariknya di sebalik busana unik ini, ada makna tersirat yang ramai tak tahu.

@melindalooi

For the win. #fyp #melindalooi #tiktokmalaysia

♬ original sound – Melinda Looi – Melinda Looi

Memberi gambaran seperti awan putih yang terapung di atas pentas; busana Aina yang direka oleh Melinda itu menggunakan lebih 200 meter kain. Dan busananya itu dipenuhi dengan ropol-ropol serta alunan yang menggunakan fabrik pleated organza. Untuk pengetahuan kamu, pleated tersebut dihasilkan oleh Pleats by Looi, iaitu kilang pleating tertua dan terbesar di Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Manakala makna tersirat di sebalik busana itu pula; Aina mendedahkan dia memilih awan sebagai tema persembahannya kerana perjalannya, terutamanya tahun lepas, di mana dia telah banyak merakam foto awan dalam telefonnya.

Katanya lagi, awan yang berada di atas  pentas itu merupakan simbolik kepada insan tersayang, dan baginya lagu “Terus Hidup” itu ditulis khas dan didedikasikan untuk arwah ayahnya, Abdul Ghani.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Menceritakan dengan lebih terperinci, Aina turut mendedahkan setiap transisi awan di atas pentas itu mengandungi tiga maksud yang berbeza mengenai dirinya:

  • Berlatarkan belakangkan awan putih menceritakan mengenai seorang anak yang cuba bercerita mengenai hati.
  • Kepulan awan hitam dan pancaran kilat menandakan hati yang sedang memberontak, beremosi dan penuh tanda tanya.
  • Awan senja merah jingga pula membawa maksud dirinya sudah bersedia untuk move on dan melepaskan insan itu pergi walaupun sedang bersedih.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sekadar info, keseluruhan persembahan Aina menelan belanja kira-kira RM90,000 termasuklah daripada busana hingga ke props kepulan awan putih di atas pentas.

TokTi & Aina Abdul Pukau Xi Jinping, Nyanyi Lagu Mandarin & Tradisional Depan Presiden China
aina abdulaina abdul ajl37Baju Aina Abdulmelinda looi
Share68Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem