Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Bernilai RM55 Juta, Banglo Mewah John Mayer Lebih Murah Dari Koleksi Jam Tangannya

by Phic ARMAN
February 14, 2019
Share on Facebook

Pada Mac 2018, John Mayer yang mengadakan konsert di beberapa buah negara di Asia termasuk Jakarta dan Singapura. Difahamkan John Mayer sempat membeli rumah mewah terletak di Beverly Hills dengan harganya mencapai US$ 13.4 juta atau setara dengan RM 55 Juta.

Hakikatnya, rumah seharga puluhan juta ringgit John Mayer biasa- biasa saja. Ini kerana, kekayaan dia saja sudah mencapai US$ 40 juta atau RM 163 Juta.

Akan tetapi, pernah dikhabarkan di CNBC  bahawa dari US$ 40 juta tersebut, 25 peratus dia habiskan untuk beli jam mahal!

Memang benar, John Mayer adalah seorang horologis atau ‘obses gila jam tangan’. Dia telah mengumpul jam tangan yang mahal sekaligus limited edition. Pada tahun 2015, dia bahkan pernah memberitahu koleksi jam tangannya mencapai puluhan juta Dolar! Ini bermakna jumlahnya hampir sama dengan kekayaannya. Antara jam yang dimilikinya adalah Patek Philippe yang berharga USD$300,000 bersamaan dengan RM1.2 Juta.

Kalau jamnya saja puluhan juta Dolar, itu tandanya total harga jam tangan miliknya jauh lebih mahal dari rumahnya! Betul tak?

Apa kata jenguk rumah yang baru saja Joh Mayer beli pada tahun 2018? Berikut gambar  dan fakta-faktanya.

John Mayer ternyata beli rumah milik Adam Levine

Sebenarnya rumah tersebut dibeli dari penyanyi popular, Adam Levine. Asalnya Adam Levine membeli rumah itu pada tahun 2012 dengan harga yang lebih murah. Namun dia pun menjualnya pada tahun 2018, dan mendapat untung sebesar US$ 4.83 juta lebih mahal dari harga dibeli!

Luasnya 7000 kaki persegi

Luas rumah ini mencapai 7000 kaki persegi, di atas tanah seluas 3.66 ekar. Rumah ini mempunyai lima bilik tidur, dan tujuh bilik mandi.

Boleh dikatakan dari segi konsep dan rekaannya, rumah ini cukup unik. Ada gabungan gaya abad pertengahan dan moden untuk interiornya.

Terlihat jelas dengan adanya tembok batu, motif lantai yang unik, dan perabot dari bahan kayu.

Konsep interiornya juga bersifat terbuka atau open space. Akan tetapi, masing-masing ruangan punya motif dinding yang berbeza. Sebut saja di ruang rekreasi yang berwarna putih, dan dapur yang dipenuhi rak gantung berwarna kayu.

Pintu kaca lutsinar untuk menikmati pemandangan di halaman belakang

Ternyata, John Mayer memiliki rumah yang benar-benar selesa dan memiliki halaman belakang yang indah. Pemandangan itu pun boleh disaksikan di setiap sudut dari dalam rumah.

Dari pintu kaca lutsinar yang berukuran besar, halaman belakang rumah John Mayer yang dilengkapi kolam renang boleh terlihat jelas.

Dilengkapi Panggung Wayang Mini

Fasiliti hiburan yang dilengkapi di rumah ini adalah panggung wayang kecil. Interior panggung itu berwarna biru, dari dinding, kerusi, hingga lantainya pun biru.

Boleh lihat gunung di halaman belakang

Namapun di Beverly Hills, sayang jika John Mayer beli rumah yang biasa-biasa saja. Boleh dikatakan  pemandangan dari halaman belakang rumah ini fantastik sangat.  Di sana juga ada kolam renang dan kolam sauna.

Ada lapangan bola keranjang

Sebenarnya, sebelum John Mayer beli rumah ini, Adam Levine sudah melakukan ubah suai besar-besaran.  Rumah siap dilengkapi dengan lapangan bola keranjang. Selain boleh bermain bola keranjang, ia juga boleh digunakan untuk membuat latihan senaman atapun acara keramaian.

Seperti itulah penampakan rumah yang dibeli John Mayer dari Adam Levine. Bagaimana menurut anda? Hebat tak?

john mayerRUmah mewah artis
https://lomp.at/psgn2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore