Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Bersatu Kembali Di Syurga”-Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Farid Kamil Buat Isterinya Bikin Ramai Tersentuh

by Puteri Alia
November 4, 2024
Share on Facebook

Pelakon terkenal Farid Kamil, 43, baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan hantaran menyentuh hati di media sosial sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 dengan isterinya, Diana Danielle, 33.

Dalam hantaran tersebut, Farid berkongsi foto yang dipercayai diambil selepas majlis pernikahannya pada tahun 2012, bersama sebuah kad ucapan yang penuh makna.

“Assalamualaikum WBT. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan. Selalu bahagia hingga kita bersatu kembali dalam rahmat-Nya di syurga nanti wahai isteriku. Selamat hari istimewa, hari ijab qabul kita,” tulis Farid, menunjukkan rasa syukur dan harapan yang mendalam untuk ikatan mereka.

Di dalam kad ucapan itu, Farid mencatatkan tarikh yang bermakna serta tandatangannya, menandakan betapa pentingnya momen tersebut dalam hidup mereka.

Pelakon filem Anwar: The Untold Story ini juga meluahkan rasa berserah kepada Allah SWT, menegaskan keyakinannya kepada kuasa Ilahi dalam menghadapi ujian yang mendatang. “Kepada Mu ku berserah, Kepada Mu ku berlindung. Hanya Engkau Maha mengetahui,” tambahnya.

Namun, di sebalik ucapan manis tersebut, hubungan Farid dan Diana menghadapi cabaran yang tidak mudah. Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan niat untuk memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun mereka rujuk semula.

Walaupun Farid mengakui terdapat perselisihan faham kecil di antara mereka, Diana enggan memperincikan alasan di sebalik keputusan tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. Sebelum ini, mereka pernah bercerai talak satu secara dalam talian pada 10 Ogos, tetapi berusaha untuk rujuk semula pada 31 Ogos.

[VIDEO] Pond*n Masuk Neraka? Jawapan Selamba Fazura Lepas Disakat Bukti 'Friendship Goal'
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/iu028
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore