Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Beto Kusyairy Akui Mental & Fizikal Tercabar Untuk KL Gangster: Underworld Musim Ke-2

by Phic ARMAN
December 15, 2020
Share on Facebook

Gang Kampung telah kembali mengujakan semua peminat! Diterbitkan oleh Skop Productions di bawah arahan Khairul Azri dan Faisal ishak, Musim 2 francais popular KL Gangster: Underworld bakal disiarkan pada 10 Disember, dan boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia secara eksklusif di WeTV.

Dibintangi Beto Kusyairy, Dynas Mokhtar, Ezzaty Abdullah, Amerul Affendi, siri ini bukan sahaja menampilkan lebih keganasan dan pengkhianatan, tetapi juga berlatarkan lokasi-lokasi ikonik di Malaysia!

Saksikan aksi Shah dengan keluarganya di KL selepas pelbagai kejadian dalam musim 1 serta pergelutan yang semakin bermaharajalela dalam kandungan Original WeTV terbaharu ini. Musim 2 memaparkan pertempuran ganas antara kumpulan gangster yang paling digeruni di KL, di mana watak-watak utama dan sekutu mereka perlu merungkai motif musuh mereka bagi mempertahankan nyawa!

Pertempuran yang berlaku dalam episod terakhir musim 1 meninggalkan jantung penonton berdebar kencang dan kini, mereka bakal disajikan dengan lebih babak yang sarat dengan aksi dalam Musim 2! Untuk menonton trailer, rujuk sini.

“Saya berbesar hati kerana berpeluang bergandingan dengan Khairul Azri dan Faisal Ishak yang berjaya menghidupkan idea untuk siri terkenal ini.

Bagi saya, siri KLGU kali ini benar- benar mencabar kekuatan mental dan fizikal saya sebagai pelakon, terutamanya koreografi babak pergaduhannya yang telah membantu mempertingkatkan lagi kemahiran saya.

Siri KL Gangster telah menjadi sebutan ramai sejak dilancarkan buat julung kali pada tahun 2011. Menampilkan latar belakang dan jalan cerita yang hebat, ia kekal menjadi antara francais yang paling popular di tanah air. Saya berasa amat teruja untuk menghidupkan salah satu watak utama dalam tajuk yang terulung ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah mencurahkan masa dan tenaga bagi menjayakan siri ini, dan saya berharap untuk bekerjasama dengan mereka lagi pada masa depan,” kongsi pelakon utama, Beto Kusyairy.

Musim 2 KL Gangster: Underworld dikatakan sebagai antara siri yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2020, akan terus merintis jalan bagi bakat tempatan untuk menyerlahkan kemahiran dan kepakaran mereka kepada penonton di Malaysia dan luar negara.

Beto Tolak Babak Atas Katil & Watak LGBT-"Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga"

WeTV berharap untuk memupuk lebih ramai artis tempatan, bagi membuktikan Malaysia juga mampu menghasilkan program yang bermutu tinggi secara konsisten. Daripada siri aksi seperti Polis Evo sehinggalah drama-drama romantik seperti Nur Kasih, perkhidmatan pentsriman WeTV berazam meningkatkan kedudukannya dengan menyajikan kandungan Original WeTV buat julung kali,selain rancangan-rancangan popular yang sedia ada seperti KL Special Force, Arus Merah, dan Alam Puaka, untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan semua penonton di rantau ini.

Ikuti aksi Shah dan Gang Kampung Baru secara eksklusif di WeTV bermula 10 dan 11 Disember, diikuti dengan episod-episod seterusnya pada setiap Khamis dan Jumaat sepanjang Disember ini.

Musim 2 KL Gangster: Underworld merupakan antara pelancaran yang terbesar untuk tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari wetv.vip/ atau memuat turun aplikasi platform ini dari Apple Store untuk pengguna iOS serta Google Play Store untuk pengguna Android.

amerul affendiBeto KusyairyDynas Mokhtarezzaty abdullah
https://lomp.at/gcavc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara