• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Betul Ke Lagi Berminyak Kulit Kalau Pakai Face Oil? Ini Yang Kamu Kena Tahu

by Lisa Ghani
May 8, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Yang kulit berminyak, elok ke pakai face oil? Bukan ke lagi berminyak kulit kalau tambah pula face oil atau minyak muka dalam rutin penjagaan kulit?

Terutama bagi kamu yang mempunyai kulit berminyak. Sehabis mungkin mahu kelihatan matte atau jauh dari sinaran glowing yang boleh merosakkan solekan.

Bukan itu sahaja, kulit berminyak sinonim dengan masalah breakout dan jerawat akibat pori-pori tersumbat. Jangan tak tahu, sebenarnya ada kebaikan face oil kepada kulit berminyak.

Foto – Instyle

Nak tahu apa dia, terus pembacaan di bawah.

Mengimbangi kelembapan kulit

Seperti yang kita faham pelembap muka adalah produk utama dalam memberi hidrat pada kulit. Ia produk yang mesti ada dalam rutin harian sama ada pagi dan malam.

Sama juga dengan face oil, ia bertindak mengimbangi semula kelembapan kulit. Apa yang berbeza ialah, face oil bertindak menghadkan pengeluaran natural oil yang dihasilkan oleh kulit.

Foto – Goop

Ia sekaligus mengelirukan produksi sebum, dan hasilnya sebum akan mengurangkan natural oil. Minyak pada kulit jadi normal dan tiada lagi isu minyak berlebihan.

Sebaik selesai membersih wajah dan menyegar. Wajib oleskan pelembap dan sedikit face oil bagi menjaga kitaran kulit kamu.

Formula menenangkan iritasi

Pemilihan jenis face oil juga tidak boleh dibuat secara rambang. Kamu harus memakai face oil yang dikategorikan khas untuk kulit berminyak atau acne-prone.

Bahan-bahan face oil yang pakar dermatologi syorkan buat kulit berminyak ialah jojoba, aloe vera, tea tree oil, marula dan grapeseed. Ia bertekstur ringan dan tidak menyebabkan kulit terasa melekit.

Foto – Pinterest

Namun jika kamu mengalami masalah jerawat pilih face oil yang kaya dengan tea tree oil, jojoba atau squalane. Ini kerana ia membasmi segala bakteria, menenangkan iritasi dan melembap kulit secara efektif.

Selamat beramal!

face oilkulit berminyakminyak muka
https://lomp.at/dq3he
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore